28 July 2010

Aktiviti CATUR di Hujung Minggu 24 Dan 25 Julai 2010


Pada hujung minggu lepas, aku dan keluarga balik ke kampung di Sungai Besar. Ayah megambil aku dari asrama selepas solat Jumaat sebab dia ada meeting di pejabat yang mungkin akan habis lewat. Pada petang Jumaat tersebut, ayah tiba di rumah selepas waktu maghrib. Ayah singgah di kedai Veterinari (betul ke ni? ha ha ha) untuk membeli makanan dan pasir untuk kucing2 kami. Setelah settle sediakan makanan, minuman dan membersihkan kandang kucing seperti selalu yang ayah aku buat bila meninggalkan rumah, kami segera untuk pulang ke kampung. Lebih kurang pukul 9.00 malam kami memulakan perjalanan. Perut aku sudah berkeroncong sebab belum makan lagi. Kami singgah makan di sebuah restoran di jalan besar Kepong - Kuala Selangor (aku tak sure apa nama tempatnya) sebelum meneruskan perjalanan. Apa lagi selepas perut dah kenyang, aku dan kedua-dua adikku - Anis dan Fahim, pun tidur dalam kereta.

Hari Sabtu, 24/7/2010

Aku hentam tidur secukup-cukupnya di rumah atok aku di Simpang Lima. Sampai ke tengahari aku belasah tidur. Biasalah beb, kat asrama mana cukup tidur. Tidur lewat, bangun awal. Ibu dan ayah aku sibuk dengan hal mereka dengan urusan kebun sawit.

Di sebelah petang, kami sekeluarga pergi ke pekan Sungai Besar. Ibu aku dan Anis pergi salon gunting rambut. Aku dah Fahim menemani ayah ke kedai gunting. Ayah tak gunting rambut tapi cukur janggut. Nak tahu aku beli apa kat pekan Sungai Besar? Beli seluar jeans dan tali pinggang sekolah. Sempat juga aku melihat kebun sawit ibu dan ayah ku kerana mereka nak pantau pokok-pokok sawit yang disulam. Nak tahu lebih lanjut, klik di sini. Eh, korang jangan tak percaya, aku pernah tolong membaja pokok-pokok sawit di kebun tersebut sebelum ini. Kena belajar jadi budak kampung jugak kan, bila sekali-sekali balik ke kampung. Setelah settle urusan di kebun sawit, kami menyambung kembali aktiviti shopping di pekan Sungai Besar. Hampir jam 9 malam gak kami sampai di rumah atok aku. Dengan bersegera ibu aku menghidangkan makanan kerana kami masing-masing sudah kelaparan terutamanya aku he he he ...

Selepas makan, aku lepak-lepak tengok tv dan kemudian tidur awal. Sebab esok aku akan menyertai Kejohanan Catur Perak GP di Teluk Intan. Dah tempat pertandingan dekat dengan kampung, bolehlah join. Menurut ayah aku tempat pertandingan tersebut lebih kurang 40 kilometer dari rumah atok aku di Simpang Lima.


Menara condong Teluk Intan

Tak sempat aku nak melawat-lawat ke menara di atas sebab hujan lebat di sebelah petang. Kami terus balik ke rumah atok aku sesudah sesi penyampaian hadiah.


Hari Ahad, 25/7/2010

Pepagi lagi aku adik beradik dikejutkan sebab pagi ini kami akan ke SMK St Anthony di Teluk Intan untuk menyertai Kejohanan Catur GP Perak. Rasanya tak ramai pemain dari luar negeri Perak yang akan turut serta. Jauh juga perjalanan ke Teluk Intan. Kalau tak silap, lebih gak 100 kilometer dari Lembah Kelang. Kalau dari Pulau Pinang, mahu 2, 3 kali ganda. Lagi pun kat Perlis ada juga tournament weekend tersebut. Satu lagi tournament berlansung di Sek Men Methodist (L) di Kuala Lumpur, tapi age group tak ada kategori untuk orang dewasa.

Kami bertolak kira-kira jam 8.10 pagi dari rumah atok aku. Nasib baik tak banyak kenderaan di jalan, jadi cepatlah sampai ke tempat pertandingan. Kami tiba lebih kurang jam 9.00 pagi. Ayah aku pergi settlekan yuran pertandingan. Ayah aku kena bayar RM35 - RM15 untuk aku dan RM 10 masing-masing untuk Fahim dan Anis. Oh ya, Anis nak pulak participate kali ini.



Rupa-rupanya Syakir dan adik2nya pun turut serta dalam Kejohanan Catur GP Perak. Mereka bertolak jam 5 pagi dari rumah. Memang betul tekaan ayah aku semalam. Sebenarnya, sekolah Syakir di Kuala Selangor tidaklah jauh sangat dari Pekan Teluk Intan. Kira-kira 1 ke 1 1/2 jam pemanduan bergantung kenderaan di jalan. Lama gak kami menunggu pertandingan untuk bermula. Ada gaklah dua jam.

Lawan aku di pusingan pertama

Dalam kejohanan ini, aku ranking nombor 16 dari sejumlah 59 orang peserta. Lawan aku di pusingan pertama ialah Muhd Danish Bahari. Aku menang. Bukan aku sahaja bermain buah putih di pusingan pertama, Anis dan Fahim juga. Anis bertemu kakak dari UPSI (kalau tak silap) di meja #20. Anis menang. Sementara Fahim bermain menentang pemain kuat Ahmad Fadzil Nayan, yang baru sahaja memenangi tempat kedua bersama-sama Zarul Shafik dan Syazwan di Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Perlis sehari sebelumnya. Fahim buat gempaq tu, sacrifice buah. Kalau dia boleh main macam dia lawan Fadzil tu, memang dia boleh selalu menang. Tapi bukan mudah untuk menewaskan Fadzil. Aku pun belum tentu menang dengan dia.

Di pusingan kedua, Anis dan Fahim bertukar-tukar lawan pula. Anis bertemu Fadzil di meja #5 bermain buah hitam sementara Fahim menentang Noraini Mat Salleh di meja #26. Aku pulak? Aku di meja #15 menentang Syamizar Lup. Kami semuanya tewas di tangan lawan masing-masing. Kalau tengok senarai ranking, lawan aku not rated dan seeded nombor 57. Tetapi menurut kata ayah aku, lawan aku tu ada rating iaitu 1515. Cuma mungkin dek kesilapan ejaan namanya, ratingnya tidak dijumpai. Seterusnya, lawan aku tersebut menang ke atas NWM Fong Mi Yen di pusingan ketiga. Jadi, aku tidaklah ralat sangat kalah kepada beliau.


Pusingan ketiga menentang Fairul Azman (baju hitam, kiri)

Di pusingan ketiga :

Aku di meja #9 melawan Fairul Azman bermain buah putih.
Anis di meja #13 menentang Juyana Bt Ghazak, kakak dari UPSI juga rasanya.
Fahim di meja #27 bertemu dengan Muhammad Irfan Syahmi.

Hanya Fahim kalah di pusingan ini.

Kemudian waktu rehat. Memandangkan aku sudah makan sebelum pusingan ketiga, aku hanya lepak-lepak di dalam dewan. Setakat ini, aku dan Anis memperoleh 2 mata dari 3 mata penuh sementara Fahim belum dapat sebarang mata. Ayah aku terpaksa memujuk Fahim supaya bermain lebih bersemangat. Akhirnya, dia menang ketiga-tiga pusingan berikutnya. Cuma sayang sekali dia kalah di pusingan terakhir. Jadi Fahim mendapat 3/7 mata di kejohanan ini.


Di pusingan kelima, bertemu pakcik Noorahim Abdullah


Di sebelah petang, aku hanya tewas sekali dari empat pusingan iaitu di pusingan keenam kepada Ahmad Kamal Bin Rustam Affendi. Kemenangan aku pula adalah ke atas Nurul Atikah (pusingan ke 4), pakcik Noorahim Abdullah (pusigan ke 5) dan Zubir Othman (pusingan ke 7).

Sementara Anis pula kalah di pusingan ke 4 dan ke 5 kepada Shahanas Bin Kamal dan Johan Mohd Jamil. Anis berjaya memenangi dua pusingan terakhir iaitu ke 6 dan ke 7. Di pusingan ke 6, Anis kalahkan Muhammad Irfan Syahmi dengan bermain buah hitam. Di pusingan ke 7 pula, Anis berjaya menewaskan Gilbert H'ng Yun Huang dengan buah putih di meja #13.

Bertemu Zubir Othman di pusingan terakhir


Aku sedang terima hadiah dari wakil penaja


Dengan 5 kemenangan dan 2 kekalahan, aku berjaya mengumpul 5/7 mata bersama enam peserta lain. Aku berada di kedudukan ke 11. Aku mendapat tempat kedua bagi kategori Lelaki U16 dan memenangi RM80 + medal + sijil. Sementara Anis pula berjaya mendapat 4/7 mata setelah menang empat dan tewas tiga permainan. Dia mendapat ranking ke 24. Anis dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Perempuan U16 yang membawa pulang RM40 + medal + sijil.

Fahim pula melompat kegembiraan kerana berjaya naik ke pentas menerima hadiah. Dengan 3 mata dan ranking ke 40, dia berjaya mendapat tempat Ketiga bagi kategori Lelaki U12. Fahim menang RM30 + medal + sijil.

Sila klik di pautan berikut untuk melihat pairings secara terperinci:




Semua pemenang bergambar kenang-kenangan bersama wakil dari penaja dan penganjur. Untuk mengetahu senarai terperinci pemenang2 dan final ranking, sila klik pautan ini.


Next. kejohanan mana pula aku akan bertanding? Jika tiada aral melintang, Kejohanan Catur Cerdik Cabaran Terbuka di Seksyen 7 pada 8 Ogos 2010. Jumpa anda di sana!

17 July 2010

Fikri di Kejohanan Catur Terbuka Ole Ole Shah Alam


Pada hari sabtu, 10 Julai 2010 yang lalu Fikri telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka Ole Ole Shah Alam di Seksyen 18. Tempat pertandingan tersebut sebenarnya tidak berapa jauh dari sekolah dan asrama Fikri. Turut menyertai pertandingan catur tersebut adalah adik Fikri, Fahim Al-Faqeh, dan ayah yang juga dikenali sebagai GiLoCatur. Ini adalah kali kedua Fikri menyertai kejohanan tersebut. Jika di kejohanan terdahulu ia diadakan di tingkat ground floor, pada kali ini ia diadakan di tingkat dua yang lebih selesa.


Di pusingan pertama, Fikri bermain buah hitam menentang pemain catur yang bernama Md Ismail. Fikri bermula dengan baik setelah menang game tersebut.



Di pusingan kedua, Fikri telah ditewaskan oleh lawannya yang bernama Mohd Khairul Nizam Johary. Dua minggu tidak bermain catur dan menyertai sebarang pertandingan telah memberi kesan kepada permainan beliau. Episod malang berterusan di pusingan ketiga kerana Fikri telah ditewaskan pula oleh kenalan caturnya, Vinton Wong Hsien Loong (gambar di atas).


Fikri menang pusingan keempat ke atas Mohd Aizat Shafiq Mohd Yusof dengan buah putih. Dengan itu beliau telah mengutip 2/4 mata. Di pusingan kelima, lawan yang menunggu adalah Ashman Raziuddin, rakan setaman di Bukit Jelutong dan sepasukan MSS Selangor. Ashman (gambar atas) merupakan pemain Bawah 18 Tahun Lelaki MSS Selangor yang sama-sama menyertai Kejohanan Catur MSSM di Perlis sebulan yang lalu. Rakan sepasukan Fikri, Suniil Kalaivanan, juga turut serta dalam pertandingan ini dan berjaya pula mendapat tempat keempat. Fikri berjaya menewaskan Ashman.


Di pusingan terakhir iaitu keenam, seorang lagi rakan sepasukan MSS Selangor Fikri menjadi lawannya. Kali ini pemain perempuan pula iaitu Goh Xin Yen (gambar atas). Xin Yen tewas dalam pertarungan tersebut. Pertemuan tersebut merupakan yang kedua dalam pertandingan catur, setelah bertemu di Selangor Open pada awal bulan Mei lalu. Ini bermakna, Fikri berjaya memungut 4/6 mata.


Dengan pungutan mata tersebut, Fikri berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Best U18 Open di belakang Mohd Syakir Azhar, seorang lagi pemain MSS Selangor. Sila klik di sini untuk lihat senarai pemenang-pemenang Kejohanan Catur Ole Ole Shah Alam.

Fikri sedang menerima hadiah RM75


27 June 2010

Cuti-Cuti Malaysia Di Negeri Perlis Indera Kayangan


Ahad, 13 Jun 2010

Pepagi lagi aku dikejutkan dari tidur lena diulit mimpi. Setelah usai Kejohanan Catur Kilang Gula di Dewan Warisan petang semalam di mana aku hanya sekadar mendapat tempat kelima, manakala adik perempuanku Anis pula menjadi juara kategori wanita, kami sekeluarga memandu ke Kuala Perlis. Kami bermalam di sebuah hotel bajet.

Sesudah Subuh ayahku memandu kereta Avanza kami menuju ke Wang Kelian yang terletak bersempadan dengan Thailand. Kami bercadang untuk ke Bazar Wang Prachan yang terletak di sempadan Malaysia-Thai dalam Daerah Satun.

Sebelum tiba ke destinasi, ayahku memberhentikan kereta di tepi jalan di hadapan kebun anggur yang telah mereka lawati beberapa hari sebelumnya.


Dengan bangganya aku berdiri dengan segak dan macho di depan kebun anggur serta senyuman yang dapat mencairkan semua gadis-gadis ayu yang membaca blog aku. Hahaha .... Aku berasa sedih kerana tidak dapat berjalan-jalan di kebun anggur tu. Aku hanya sekadar dapat mengambil gambar saja. Itu pun bapa aku suruh.Kacak juga aku. Hehehe.... perasan pula aku ni.

Bergambarlah aku dengan adik bongsuku yang comel, Fahim, comelkan adikku seorang ini daripada kakaknya yang garang seperti singa betina. Hehe jahatnya aku mengejek Anis. Kami sekeluarga telah melancong di Wang Kelian. Alah, kita orang saja2 datang nak membeli-belah dan nak beli ole-ole. Emak aku memang tergila-gila beli barang seperti bakul dan pasu bunga yang diperbuat daripada rotan.

Wah, bergaya sekali aku berjalan sambil meninjau-ninjau barang-barang yang dijual di situ. Lebih banyak daripada Padang Besar. Tengoklah tu emak aku sedang "window shopping" barang-barang yang berkenan untuk dibeli. Kalau boleh dia nak borong semuanya. Mesti tak muat kereta.

Wah! Bekas air ini sungguh unik dan menarik sekali. Ada lima jenis perisa air yang dijual iaitu Milo, Oren, Kapucino, Sirap Bandung dan Laici. Ibu dan ayahku amat berminat untuk membeli bekas air tersebut tetapi sayangnya ia hanya dijual di Hatyai.


Aku dan adik2ku kehausan sewaktu berjalan-jalan di sekitar bazar lalu membeli air minuman dari penjual minuman yang ada bekas minuman unik.


Mengabadikan kenangan di hadapan Immigration Checkpoint Negara Thailand setelah selesai "bershopping" di Bazar Wang Prachan. Adalah sedikit ole ole yang kami beli. Aku telah membeli dompet dan tali pinggang. Ibuku pula telah membeli beg tangan, bakul rotan, pasu bunga rotan dan lesung batu kayu. Fahim pula membeli satu permainan yang unik. Sementara Anis pula membeli beg sandang.


Aku sedang memilih dompet duit sebagai kenang-kenangan Cuti-Cuti Malaysia di Perlis.


Bergambar kenang-kenangan di pintu masuk Khuandon Immigration Checkpoint yang memisahkan Thailand dan Malaysia di Wang Kelian. Sebenarnya aku sekeluarga telah berada di negara jiran iaitu Thailand. Wah! Oversea tu Bai ...

16 May 2010

Pertandingan Catur Terbuka Stonemaster di Laguna Park, Pulau Indah


Semalam, aku sekeluarga menyertai Pertandingan Catur Stonemaster Laguna Park di Pelabuhan Klang, Pulau Indah. Ini kali kedua pertandingan catur diadakan di Restoran Seri Nelayan yang dimiliki oleh Encik Abdul Malek Sayuti (gambar di bawah).

GiloCatur (ayahku) mendaftarkan diri dalam kategori terbuka manakala aku dan adik-adikku menyertai dalam kategori remaja bawah 18.


Pada pusingan pertama, aku melawan Fatini Hannan yang masih kurang pengalaman. Aku menang dengan Muhd Ridzwan pada pusingan kedua. Ketika pusingan ketiga berlangsung, keadaan makin panas. Aku menang kepada pemain bernama Yee Jian Yang. Muhd Fikri Farizal, juara bawah 12 tahun MSSS 2010 telah aku kalahkan pada pusingan ke empat. Pada pusingan kelima, aku berlawan kakak kepada Vickie, Winnie Hong. Ketika sedang berlawan, ayahnya melihat permainan anaknya. Kesudahannya, aku menang.

Tariq sedang fokus melawan WFM Nur Najiha dalam pusingan 3. Sebelah kiri Najiha, Puteri Munajjah berlawan dengan kakaknya, Puteri Rifqah.


Walaupun bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Arifuddin (gambar di atas, kanan) juga menyertai pertandingan ini bagi memeriahkan lagi suasana di sini.

Aku melawan Tariq Ziad, pemain Selangor yang berbakat pada pusingan terakhir.

Pada pusingan terakhir, aku bertemu dengan Tariq. Sebelum perlawanan dimulakan, aku meminta seri dengan dia kerana malas bermain tetapi dia menolak. Ketika sedang berlawan, aku lebih satu buah lalu aku terus meminta seri dengan dia meskipun aku menang posisi itu. Dia pun setuju dan perlawanan berakhir dengan seri.

Fikri-Juara Remaja Bawah 18 Tahun


Muhd Nabil Azman Hisham-Juara kategori terbuka

Jadi, tahniah kepada semua pemenang. Sila ke laman blog Stonemaster di sini untuk keputusan penuh, Kepada yang tidak menang, teruskan usaha sehingga berjaya.

Bagaimana keputusan adik-adikku?

Anis Fariha menang 4/6 perlawanan selepas menang empat dan dua kalah. Dia kalah kepada Vickie Hong pada pusingan kedua dan Puteri Rifqah pada pusingan kelima. Dengan itu, dia memenangi tempat pertama bagi kategori wanita terbaik. (GiLoCatur : Terbaik Perempuan ataupun Best Girl)

Sementara itu, Fahim menang 3/6 perlawanan. Dia menang pada pusingan kedua, ketiga dan terakhir. Walaupun dia menghadapi demam panas, namun dia bersemangat untuk teruskan bermain. Harap-harap dia berjaya suatu hari nanti. Amin


[ Nota GiLoCatur : Entry di atas merupakan hasil karangan Fikri tanpa sebarang pengeditan oleh GiLoCatur. ]

28 April 2010

Gambar2 Fikri di Kejohanan "Terbuka Selangor" edisi ke 35 (2008)


Insya Allah, jika tiada aral melintang Fikri akan menyertai Kejohanan Catur Terbuka Selangor yang telah memasuki edisi ke 37 yang akan bermula esok. Fikri mula menyertai kejohanan ini semenjak edisi ke 35 pada tahun 2008 sewaktu di Tahun 6. Di penyertaan sulung tersebut Fikri telah berjaya memenangi tempat kedua bagi kategori Bawah 12 Tahun. Berikut adalah gambar-gambar Fikri di kejohanan tersebut sebagai satu kenangan atau sorotan kembara caturnya yang masih panjang.



Fikri vs NM Yeoh Chin Seng

Fikri vs Yahaya Ahmad, salah seorang VP MCF di waktu ini.

"Alamak! Fokus betul bro ni. Nampak gaya tak ada chance aku nak menang ni."


Fikri berguru dengan pemain catur Indonesia

Fikri vs Faqihah, pemain catur SKBJ

Fikri vs ayah Shreyes

Fikri vs Andrew aka Gilachess, seorang blogger catur Malaysia otai dan tersohor


Bersama pemenang2, sponsor kejohanan dan CAS officials


nota : gambar2 di atas adalah koleksi photo Nikon L14 GiLoCatur

17 April 2010

Road To MSSM 2010 @Perlis Indera Kayangan - Part 2


"Road To MSSM 2010 at Perlis Indera Kayangan" - Part 2 diteruskan setelah aku berjaya mewakili daerahku Petaling Perdana di Kejohanan Catur MSS Selangor yang dihoskan oleh Daerah Sabak Bernam dari 13 hingga 15 April yang lalu. Lebih tepat lagi kejohanan tersebut diadakan di Dewan SMK Sungai Besar. Sungai Besar dan Sabak Bernam bukanlah asing bagiku. Sebabnya kedua ibubapaku dilahirkan dan membesar di situ. Ayahku, dilahirkan di sebuah kampung bernama Sungai Tengar yang bersebelahan dengan Pekan Sungai Ayer Tawar dan Parit Baharu. Ketiga-tiga abang beliau tinggal dan menetap di Daerah Sabak Bernam.

Sementara ibuku pula dilahirkan dan membesar di Pekan Simpang 5 yang berhampiran dengan Pekan Sungai Nibong dan Sungai Haji Dorani. Ya, tempat2 ini terkenal dengan homestaynya. So, untuk bertanding di Sungai Besar seolah-olah seperti berada di daerah sendiri.

Aku bersama kontijen catur MSSD Petaling Perdana (PP) bertolak dari Pejabat PPD PP di Seksyen 19 (tak jauh dari sekolah aku tu ...) pada kira-kira jam 2.30 petang. Bukan naik kereta tau, tapi naik bas yang telah disewa khas. Adik aku Anis pun ikut sama sebab dia wakil pasukan Perempuan B12 setelah dia berjaya menjuarai bagi kedua-dua acara Individu dan Berpasukan. Eh, lupa lak nak ucap tahniah kat dia. Tahniah Anis!



Gambar di atas adalah di hari kedua sewaktu pusingan pertama acara berpasukan. Team aku bertemu team Irfan anak Encik Azhar yang bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Aku bermain di board kedua, board pertama - Jun Keat, board ketiga - Sunil dan board keempat - Khidhir. Alhamdulillah, team PP menang 4-0. Hanya pusingan pertama untuk acara berpasukan yang diadakan pada hari kedua. Empat pusingan lagi dijalankan pada hari ketiga. Untuk acara berpasukan hanya lima pusingan sahaja. Sebab hanya ada 10 pasukan (daerah) sahaja yang bertanding. Sedangkan untuk acara individu kesemua 40 peserta (4 pemain x 10 daerah) bermain tujuh pusingan dengan kawalan masa (time control) 60 minit setiap pemain. Time control untuk acara berpasukan pula ialah 30 minit.

Pasukan Lelaki B15 PP dengan "baju merah"


Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana team L15 PP tahun ini agak kuat dan seimbang. Aku berazam untuk membantu pasukan mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Jika tahun lepas aku dan Jun Keat bersama-sama Jun Jian, yang tahun ini menyertai kategori Lelaki B18, dan Iskandar, tahun ini kami bersama-sama Sunil dan Khidhir pula.

Syukur alhamdulillah, pasukan Lelaki B15 PP berjaya mempertahankan kejuaraan. Kami menang 4-0 dengan Sepang di pusingan kedua, menang 3.5-0.5 dengan Kelang di pusingan ketiga, menang 4-0 dengan Gombak di pusingan keempat dan menang 2.5-1.5 dengan Petaling Utama di pusingan terakhir. Kami telah sepakat untuk bermain sebaik mungkin dan akhirnya berjaya mengutip 18/20 mata. Satu cabaran di edisi akan datang untuk mempertahankan kemenangan dan keputusan tersebut.


Di hari ketiga, kontijen Petaling Perdana berbaju warna putih. Bergambar kenang-kenangan bersama semua pemain pasukan catur Daerah Petaling Perdana dan guru-guru pengiring. Satu kejayaan yang manis untuk kontijen setelah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan setelah mengutip 108 mata. Sebagai pemenang, kesemua pemain telah naik ke podium untuk menerima medal dan sijil.

Pasukan Lelaki B15 Petaling Perdana bersama pengurus, Cikgu Habeni (berkopiah yang paling kanan sekali)

Pasukan Lelaki B15 setelah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Lelaki Bawah 15 Kejohanan Catur MSS Selangor 2010.

Syukur kehadrat Allah Maha Esa kerana selain memenangi acara berpasukan, aku juga berjaya menjuarai acara Individu Lelaki B15.

Aku dan Anis yang juga berjaya sebagai pemenang acara berpasukan Perempuan B12.

Ayahandaku juga sama-sama meraikan kejayaanku.

Tidak ketinggalan, bondaku juga hadir memberi sokongan padu kepada aku dan Anis di kejohanan ini.

Di rumah inilah, aku dan rakan2 sepasukan bermalam di sepanjang kejohanan di Sungai Besar.


Akhir kalam, kejohanan catur MSS Selangor 2010 memberikan kenangan yang paling manis dalam kembara caturku. Alhamdulillah, Road To MSSM 2010 at Perlis tidak terhenti setakat ini. Aku akan ke Perlis, Insya Allah, pada bulan Jun nanti.