29 October 2015

Ayuh Pasukan Catur UiTM JOHOR 2015, Berjuang Habis2an Di Final Round


Khamis, 29/10/2016

Kejohanan Catur KARISMA 2015 sudah sampai ke kemuncaknya. Kira2 sejam lagi pertarungan pusingan terakhir akan dimulakan. 

Ayuh, Pasukan Catur UiTM Johor 2015, we give the best and play all out to win. 

Kedua-dua pasukan masih di landasan terbaik untuk berada dalam senarai The Top 3. 

Kategori Pasukan Lelaki

Kategori Lelaki

Pasukan Lelaki UiTM Johor di kedudukan teratas mendahului setengah mata dengan pasukan UiTM Perak dan satu mata pasukan UiTM Shah Alam. Peluang yang sangat cerah untuk mendapat pingat Emas dalam kategori Individu.


Kategori Pasukan Perempuan

Kategori Perempuan

Pasukan Perempuan UiTM Johor di kedudukan kedua ketinggalan dua mata dengan pasukan UiTM Puncak Alam. Mata yang sama dengan pasukan UiTM Shah Alam. Juga berpeluang mendapat pingat dalam kategori Individu.

Ya Allah, berikan kejayaan kepada pasukan kami. Semoga kami bermain dengan tenang dan beroleh kemenangan. Aameen ya rabbal alameen ...

28 October 2015

KARISMA 2015 - Selepas Pusingan Ke 4


Selasa, 27/10/2015

Pusingan keempat telah selesai petang tadi. Tinggal dua hari lagi untuk pertandingan sukan catur. So, bagaimana prestasi aku dan rakan sepasukan UiTM Johor? 

Mari kita tengok ya ..

Pasukan Lelaki

Rank Top 10 selepas pusingan keempat

Keputusan mata pasukan Lelaki UiTM Johor

Nampaknya Daniel sangat cemerlang dengan memenangi keempat-empat pusingan. Beliau sedang mendahului senarai peserta. Esok pagi di pusingan kelima, Daniel akan bertemu dengan pemain dari UiTM Shah Alam di meja pertama.

Aku pula berjaya menang 2 dan seri 2. Ini bermakna aku memperoleh 3/4 mata. Aku berada di tangga kelapan setakat ini. Esok aku akan bermain buah hitam di meja kedua menentang pemain dari UiTM Perlis.

Sementara team mate aku, Fahmi dan Hafiz masing-masing berjaya mengumpul dua dan satu setengah mata. Hari ini Fahmi bangkit dari dua kekalahan semalam dengan menang kedua-dua pusingan. Manakala Hafiz berjaya memperoleh satu mata semalam dan setengah mata pada hari ini.

Harap-harap aku dan ketiga-tiga rakan pasukan aku yang lain berjaya mengumpul mata semaksimum yang boleh untuk terus mendahului pasukan2 yang lain.

Rank Top 10 selepas pusingan keempat

Keputusan mata pasukan Perempuan UiTM Johor

Pasukan Perempuan

Bagi pasukan perempuan pula, satu keputusan cemerlang telah berlaku di pusingan keempat apabila Nuraina Syamimi telah berjaya menewaskan pemain pilihan kedua dari UiTM Perak. Ini bermakna, Syamimi berkongsi tempat pertama dengan pemain dari UiTM Puncak Alam dengan mata penuh iaitu 4/4. 

Selain Syamimi, Nurul Ain Najla berjaya menang kedua-dua permainan pada hari ini, Dengan satu kemenangan semalam, beliau setakat ini telah mengumpul tiga mata. Beliau tersenarai dalam ranking Top 10. Manakala Aida Athirah dan Nur Annis pula masing-masing berjaya mengumpul dua dan setengah mata. 

Daniel berkaca mata di pusingan ketiga
foto : KedaiCatur.com fb

Aku nampak macam boring jer kan .. he he he
foto : KedaiCatur.com fb


Ayuh rakan2 sepasukanku semua. Kita tewaskan lawan kita esok. Hanya tinggal dua hari pertandingan sahaja lagi. Semoga pasukan catur UiTM Johor berjaya dengan cemerlang di KARISMA 2015.

26 October 2015

KARISMA 2015 di UiTM Kedah


Sem ni last exam aku pada hari Selasa 20/10/2015. Kemudian aku lepak kat hostel sehingga hari Jumaat 23/10/2015. Apsal aku tak balik, ek? Aku tak balik rumah sebab aku dan pasukan catur UiTM Johor akan gerak ke Sungai Petani, Kedah pada hari Jumaat. 

Aku dan geng akan bertanding di KARISMA Edisi ke 22 di UiTM Kedah yang terletak di Merbok, Sungai Petani. Ini penyertaan aku kali kedua. Tahun lepas Karisma di Alor Gajah, Melaka.

Perasmian KARISMA 2015 akan diadakan pada hari Ahad. Esoknya baru aku start bertanding untuk selama empat hari dari 26 hungga 29/10/2015.

Team Catur UiTM  Johor 2015

Berikut adalah team mates aku dalam pasukan catur UiTM Johor 2015.

Team Lelaki
Daniel Iskandar Arif Noor Akhbar
Fikri Saleh 
Ibnu Fahmi Ibnu Hajar
Muhd Hafiz KamarunNiza 


Team Perempuan
Aida Athirah Abdul Wahid
Nor Annis Mohd Iskandar Yong
Nuraina Syamimi Nazri
Nurul Ain Najla Kamarulnizam


Nak tahu results, sila ke link berikut:

Acara Lelaki : http://chess-results.com/tnr192495.aspx?lan=1

Acara Perempuan : http://chess-results.com/tnr192494.aspx?lan=1

Doakan aku dan team mates berjaya dengan cemerlang. Harap kami menang pingat emas.