31 October 2016

CATUR KARISMA 2016 Di UiTM Machang Kelantan


Semalam, 30/10/2016, tamatlah sudah pertandingan catur KARISMA 2016. Edisi tahun ini berlansung di UiTM Machang Kelantan. Ini kali ketiga aku menyertai Catur Karisma - Kali pertama 2014 di UiTM Lendu Melaka dan kali kedua 2015 di UiTM Merbok Kedah. 

Pasukan Catur UiTM Johor di KARISMA 2016

So, bagaimana prestasi aku? 

Keputusan penuh di sini

Dengan 5.5/8 mata aku berada di kedudukan Kelima. Agak mengecewakan kerana satu-satunya kekalahan aku di Pusingan Ketujuh di Karisma 2016 menyebabkan aku tidak berjaya peroleh pingat kemenangan. Aku menang 4, seri 3 dan tewas satu permainan.

Results game aku - chess-results

Di Pusingan Ketiga aku bertemu dengan rakan sekolah lamaku ASiS (SMS Alam Shah KL), Wan Muhd Imran. Kami pernah bersama dalam satu pasukan memenangi Pingat Perak acara Berpasukan di Kejohanan Catur peringkat negeri MSS WPKL pada tahun 2012. Memori manis ini telah dirakamkan oleh ayahku dalam laman blog beliau di sini.

Pasukan Catur ASiS 2012
Aku (paling kanan) dan Imran (paling kiri)

Alhamdulillah, dalam acara Berpasukan Lelaki, pasukanku UiTM Johor berjaya peroleh Pingat Perak. Kami tidak berjaya pertahan Pingat Emas yang kami menangi pada edisi tahun lepas. Pasukanku UiTM Johor ketinggalan 2 mata di belakang pasukan UiTM Shah Alam. 

Pemenang Acara Berpasukan Lelaki
chess-results

Keputusan penuh KARISMA 2016 boleh diakses
di http://chess-results.com/tnr245064.aspx?lan=1&art=0&wi=821.


Berikut adalah gambar-gambar pemenang Acara Lelaki Catur KARISMA 2016 dari koleksi Encik Muhammad Arshad, arbitor pertandingan.

Acara Individu

Juara & Pingat Emas - Wan Mohd Azmie (UiTM Shah Alam)

Pingat Perak - Daniel Iskandar (UiTM Johor)

Pingat Gangsa 1 - Ali Chor (UiTM Shah Alam)

Pingat Gangsa 2 - Taruq Ziad (UiTM Kelantan)

Acara Berpasukan

Juara & Pingat Emas - UiTM Shah Alam

Pingat Perak - UiTM Johor
(paling kiri) aku, Ibnu Fahmi, Muhd Hafiz dan Daniel Iskandar Arid (paling kanan)

Pingat Gangsa 1 - UiTM Kelantan

Pingat Gangsa 2 - UiTM Negeri Sembilan

Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang. Bertemu lagi di CATUR KARISMA edisi akan datang, Insya Allah.

CATUR KARISMA 2015 Di UiTM Merbok Kedah


30.10.2015

Catur KARISMA 2015 yang diadakan di UiTM Merbok Kedah baru sahaja selesai. Sebanyak 8 pusingan aku perlu berlawan dengan pemain catur yang mewakili UiTM kampus dari seluruh Malaysia. Pusingan pertama telah dijalankan pada 26/10/2015 dan pusingan terakhir pada 29/10/2015. 

Pada edisi tahun ini aku mewakili universitiku UiTM Johor untuk buat kali kedua. Nak tahu siapa teammates aku, sila lawati entri ini

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT, pasukan UiTM Johor mendapat kejayaan. Pasukan Lelaki UiTM Johor berjaya memenangi kedua-dua pingat Emas bagi acara Individu dan Berpasukan Lelaki. Manakala Pasukan Catur Perempuan UiTM Johor berjaya memenangi kedua-dua pingat Perak bagi acara Individu dan Berpasukan Perempuan.

ACARA LELAKI

Pemenang Acara Berpasukan Lelaki
klik di sini untuk keputusan penuh

Dengan pungutan mata 19.5, pasukan UiTM Johor telah dinobatkan sebagai juara dan menang Pingat Emas. Rakan sepasukan, Daniel, pula telah dinobatkan sebagai johan acara Individu setelah memungut 7/8 mata. 

Berikut adalah koleksi gambar pemenang acara Berpasukan Lelaki dari koleksi Encik Muhammad Arshad dari kediacatur.com.

Pingat Emas - UiTM Johor

Pingat Perak - UiTM Perak

Pingat Gangsa - UiTM Shah Alam 

Pingat Gangsa - UiTM Perlis

Dalam acara Individu, aku hanya berjaya menduduki tempat Ketujuh dengan pungutan 5/8 mata.

Tempat Sepuluh Teratas Acara Individu Lelaki

Keputusan penuh Catur KARISMA 2015 Lelaki boleh diakses di http://chess-results.com/tnr192495.aspx?lan=1&art=4&wi=821

Prestasi aku di KARISMA 2015 kurang memberansangkan kerana aku kalah dua game. Kekalahan di pusingan terakhir sangat costly kerana jika aku menang harapan untuk menaiki podium sebagai pemenang sangat tinggi. Apakan daya, tiada rezeki untuk menang acara Indvidu.

Prestasi aku


ACARA PEREMPUAN

Pemenang Acara Berpasukan Perempuan
klik di sini untuk keputusan penuh

Pasukan Catur Perempuan UiTM Johor telah berjaya memungut 20 mata, sama dengan pasukan UiTM Puncak Alam. Tetapi terpaksa berpuashati dengan Pingat Perak setelah dibezakan oleh tie-break kedua.

Berikut adalah koleksi gambar pemenang acara Berpasukan Perempuan dari koleksi Encik Muhammad Arshad dari kediacatur.com.

Pingat Emas - UiTM Puncak Alam

Pingat Perak - UiTM Johor

Pingat Gangsa - UiTM Shah Alam

Pingat Gangsa - UiTM Perlis

Keputusan penuh Catur KARISMA 2015 Perempuan boleh diakses di http://chess-results.com/tnr192494.aspx?lan=1&art=0&wi=821

Tempat Sepuluh Teratas Acara Individu

Juara bagi acara Individu Perempuan telah dimenangi oleh Nur Nabila Azman Hishah dari UiTM Puncak Alam. Pingat Perak telah dimenangi oleh rakan sepasukanku dari UiTM Johor, Nuraina Syamimi Nazri setelah berjaya mengumpul 6.5/8 mata, Najihah Mohd Saufi dari UiTM Perak dan Ummu Syafrawa Hasnan dari UiTM Negeri Sembilan masing-masing mendapat Pingat Gangsa setelah menduduki tempat Ketiga dan Keempat.

Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang. Insya Allah, berjumpa lagi di Catur KARISMA 2016 di UiTM Machang Kelantan.

29 October 2016

Kejohanan Catur KARISMA 2016


Sekarang aku sedang berada di UiTM Kelantan yang terletak di Machang. Aku mewakili UiTM Johor di Kejohanan Catur Karisma 2016 buat kali ketiga. Acara catur telah bermula dua hari yang lepas iaitu pada hari Khamis, 27/10/2016. Ia akan berakhir esok.

logo


Starting Rank
Dengan National Rating 1757, aku berada di kedudukan kedua dalam senarai Starting Rank. Ini merupakan satu cabaran yang sangat besar untuk digalas. Harapan ibubapa, rakan sepasukan dan juga universiti. Doakan aku beroleh kejayaan cemerlang di kejohanan ini.

Starting Rank 10 Teratas kategori Lelaki
untuk senarai penuh klik di sini

Team Ranking Selepas Pusingan Kelima
Klik di sini untuk senarai penuh dan terkini.


Rakan Pasukan
Selain kategori Individu, kategori Berpasukan juga dipertandingkan. Untuk acara ini, jumlah pungutan mata setiap pemain dalam pasukan yang terdiri dari empat orang pemain akan dikira untuk menentukan pemenang. Aku dan ketiga-tiga rakan pasukan yang lain iaitu Daniel Iskandar Arief Bin Noor Akbar, Ibnu Fahmi Bin Ibnu Hajar dan Muhd Hafiz Bin Kamaru Nizam, bakal menerima saingan sengit dari pasukan-pasukan lain dalam mempertahankan Pingat Emas yang kami menangi pada edisi tahun lalu di Kedah.

Setakat Pusingan Kelima, pasukanku UiTM Johor sedang berada di kedudukan Kedua dengan pungutan 13 mata. Pasukanku ketinggalan 2.5 mata di belakang Pasukan UiTM Shah Alam.


Kedudukan Acara Individu Lelaki setakat Pusingan Kelima
Klik di sini untuk senarai penuh.

Acara Individu
Bagi acara Individu, setakat Pusingan Kelima, aku berada di kedudukan Keenam dengan pungutan 3.5/5 mata dari dua kemenangan dan tiga seri.