11 May 2011

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor (Kategori L15) - Bhg 1

Fikri atau "abang" sedang bertanding di Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor yang diadakan di dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Kejohanan berlansung selama tiga hari bermula semalam dan akan tamat esok. Edisi kali ini merupakan terakhir bagi Fikri bagi kategori lelaki bawah 15 tahun (L15) kerana tahun depan beliau akan berumur 16 tahun. Bersama dua rakan sepasukan tahun lepas, Low Jun Keat dan Suniil Kalivanan dan rakan sepasukan baru iaitu Hakeem Ibrahim, mereka akan cuba bermain sebaik mungkin untuk mengekalkan kecemerlangan tahun lepas setelah menggondol pingat emas dalam kedua-dua kategori iaitu individu dan berpasukan.

Bagaimana prestasi dan keputusan permainan mereka? 

Sebelum itu mari kita lihat senarai kesemua 40 pemain bagi kategori L15.


Senarai pemain bagi kategori L15


Keputusan pusingan kategori L15

Nampaknya keputusan seri bagi kedua-dua meja teratas di antara Fikri dan Roshan dan Irfan dan Suniil. Adakah kedua-dua pemain Kelang yang bertarung sesama sendiri di meja ketiga adik beradik seperti adik berading Wong - Vinton dan Ethan, dari PPD Petaling Utama? Nampaknya Guang Yan yang bermain buah hitam telah menang ke atas Qing Feng. Di meja keempat, Jun Keat menang ke atas Vinton sementara adiknya Ethan menang ke atas lawannya.

Pairing pusingan keenam kategori L15
 Roshan mendahului dengan 4.5 mata diikuti enam pemain lain yang berkongsi 4 mata termasuk Fikri. Roshan ditentang Irfan di meja pertama, sementara Fikri terpaksa melawan rakan sepasukannya Jun Keat. Sementara sorang lagi rakan sepasukan Fikri, Suniil bertemu dengan Ethan Wong di meja ketiga. Hakeem pula bermain buah putih bermaian di meja no 11 melawan Domic Lee (Gombak).

Apa keputusan pusingan keenam? Para pemain telah pun memasuki dewan kerana pairing telah dikeluarkan. Pusingan terakhir amat penting kerana akan menentukan kedudukan para pemenang. Best of luck kepada semua, terutamanya kepada "abang".