27 June 2010

Cuti-Cuti Malaysia Di Negeri Perlis Indera Kayangan


Ahad, 13 Jun 2010

Pepagi lagi aku dikejutkan dari tidur lena diulit mimpi. Setelah usai Kejohanan Catur Kilang Gula di Dewan Warisan petang semalam di mana aku hanya sekadar mendapat tempat kelima, manakala adik perempuanku Anis pula menjadi juara kategori wanita, kami sekeluarga memandu ke Kuala Perlis. Kami bermalam di sebuah hotel bajet.

Sesudah Subuh ayahku memandu kereta Avanza kami menuju ke Wang Kelian yang terletak bersempadan dengan Thailand. Kami bercadang untuk ke Bazar Wang Prachan yang terletak di sempadan Malaysia-Thai dalam Daerah Satun.

Sebelum tiba ke destinasi, ayahku memberhentikan kereta di tepi jalan di hadapan kebun anggur yang telah mereka lawati beberapa hari sebelumnya.


Dengan bangganya aku berdiri dengan segak dan macho di depan kebun anggur serta senyuman yang dapat mencairkan semua gadis-gadis ayu yang membaca blog aku. Hahaha .... Aku berasa sedih kerana tidak dapat berjalan-jalan di kebun anggur tu. Aku hanya sekadar dapat mengambil gambar saja. Itu pun bapa aku suruh.Kacak juga aku. Hehehe.... perasan pula aku ni.

Bergambarlah aku dengan adik bongsuku yang comel, Fahim, comelkan adikku seorang ini daripada kakaknya yang garang seperti singa betina. Hehe jahatnya aku mengejek Anis. Kami sekeluarga telah melancong di Wang Kelian. Alah, kita orang saja2 datang nak membeli-belah dan nak beli ole-ole. Emak aku memang tergila-gila beli barang seperti bakul dan pasu bunga yang diperbuat daripada rotan.

Wah, bergaya sekali aku berjalan sambil meninjau-ninjau barang-barang yang dijual di situ. Lebih banyak daripada Padang Besar. Tengoklah tu emak aku sedang "window shopping" barang-barang yang berkenan untuk dibeli. Kalau boleh dia nak borong semuanya. Mesti tak muat kereta.

Wah! Bekas air ini sungguh unik dan menarik sekali. Ada lima jenis perisa air yang dijual iaitu Milo, Oren, Kapucino, Sirap Bandung dan Laici. Ibu dan ayahku amat berminat untuk membeli bekas air tersebut tetapi sayangnya ia hanya dijual di Hatyai.


Aku dan adik2ku kehausan sewaktu berjalan-jalan di sekitar bazar lalu membeli air minuman dari penjual minuman yang ada bekas minuman unik.


Mengabadikan kenangan di hadapan Immigration Checkpoint Negara Thailand setelah selesai "bershopping" di Bazar Wang Prachan. Adalah sedikit ole ole yang kami beli. Aku telah membeli dompet dan tali pinggang. Ibuku pula telah membeli beg tangan, bakul rotan, pasu bunga rotan dan lesung batu kayu. Fahim pula membeli satu permainan yang unik. Sementara Anis pula membeli beg sandang.


Aku sedang memilih dompet duit sebagai kenang-kenangan Cuti-Cuti Malaysia di Perlis.


Bergambar kenang-kenangan di pintu masuk Khuandon Immigration Checkpoint yang memisahkan Thailand dan Malaysia di Wang Kelian. Sebenarnya aku sekeluarga telah berada di negara jiran iaitu Thailand. Wah! Oversea tu Bai ...

No comments:

Post a Comment