28 August 2016

Kejohanan Catur MASUM 2016


Aku mewakili pasukan UiTM di Kejohanan Catur MASUM 2016 di UniSZA, Terengganu yang berlansung dari 22 hingga 25 Ogos 2016. Tiga orang rakan sepasukan adalah Ali Chor, Hazzafri dan Nabil. Edisi 2016 merupakan kali kedua aku menyertai Sukan MASUM. 

Pasukan Catur Lelaki MASUM 2016
Dari kiri, Hazzafri, Nabil, Ali Chor dan aku

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, pasukan UiTM berjaya mempertahankan pingat Emas acara Berpasukan Lelaki yang dimenangi untuk Edisi 2015. Kemenangan aku mendapat pingat Perak dalam acara Individu Lelaki merupakan satu bonus. Aku mengumpul 6 mata dari 5 kemenangan dan 2 seri.

Pasukan UiTM peroleh pingat Emas acara Berpasukan

Pemenang pingat acara Individu

Pemenang acara Berpasukan
klik di sini untuk senarai penuh

Top 10 Final Ranking
klik di sini untuk senarai penuh

No comments:

Post a Comment