01 January 2014

Celebrate New Year Di Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014


HAPPY NEW YEAR!

Korang celebrate kat mana malam tadi? Aku? Aku celebrate dengan menyertai Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam.[Klik di sini untuk maklumat lanjut kejohanan] Catur kilat atau Blitz ni bagi kejohanan ini dimainkan sebanyak 12 pusingan. Blitz 5 minit bagi setiap pemain. Bermakna setiap pusingan selama 10 minit. 12 pusingan? korang kiralah sendiri berapa minit semuanya. 

Kejohanan bermula kira2 pada jam 10.30 malam. Tiba waktu 12.00 tengah malam, tournament stop sekejap. Kita orang baca doa sikit. Berdoa semoga tahun 2014 beroleh kesihatan, kebaikan, kejayaan, rezeki dan macam2 lagi lah .. 

So, macam mana performance aku dalam kejohanan ini? Korang tengok jer lah kat bawah ni .. Aku nak sambung tido, ngantuk lagi ni. Sebab balik rumah dah dekat pukul 4 pagi.

Alhamdulillah, dapat No 9 (foto Ng6)

first first round dah kena lawan Kamaluddin Yusof, top seed, adusss ..

lawan bro Shukor, orang Sabah bah!

hah ni semua opponents aku ... 

Top 10 Final Ranking, full ranking klik di sini
Ya Allah, semoga lebih banyak kejayaan yang aku perolehi di tahun baru 2014. Amin ya rabbal a'lamin ...