10 May 2012

Pasukan Catur ASiS 2012 Bikin Sejarah, Beb!


Korang dah tahu kan aku sudah bertukar sekolah. Dulu aku bersekolah di SMK Seksyen 18 Shah Alam. Semenjak 6 hb Mac tahun ini aku secara rasminya telah menjadi seorang pelajar SM Sains Alam Shah yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Sekolah ini juga dikenali sebagai ASiS.

Ni aku nak cer kat korang. Alhamdulillah dengan izinNYA, pasukan catur ASiS yang aku sertai telah mencipta sejarah tersendiri di kejohanan catur MSSWP.

Kejohanan Catur Berpasukan Zon Pudu 

Kalau dulu semasa di Selangor, aku bertanding di peringkat daerah atau dipanggil PPD. Sekarang di KL, aku bertanding di peringkat zon. Sekolah aku berada dalam Zon Pudu. Ada sedikit perbezaan format pertandingan di antara peringkat daerah di Selangor dan peringkat zon di Wilayah Persekutuan. 

Selama empat tahun aku bertanding di peringkat PPD Petaling Perdana, mata bagi kategori berpasukan dikumpul dari pertandingan individu. Tetapi berbeza di Zon Pudu di mana acara berpasukan dan individu dijalankan secara berasingan. Setiap pasukan bertanding sebanyak lima pusingan selama dua hari.

Kejohanan catur berpasukan Zon Pudu telah diadakan pada 12 & 13 April yang lalu di SMK Seri Mulia yang tidak jauh dari sekolah aku. Sebanyak 18 pasukan termasuk sekolah aku yang bertanding.  

Banner Kejohanan Catur Zon Pudu
Korang nak kenal tak team members pasukan catur ASiS 2012? Dua orang pelajar Form 5 dan dua orang pelajar Form 4. Muhammad Norhadi Fadzli, Zuhaili Zahari, aku dan Wan Muhammad Imran Wan Ismail. Begitulah susunan  pemain yang didaftarkan. Ini bermakna aku pemain papan ketiga. Susunan tidak perlu mengikut rating. 


Pertembungan 2 Sekolah Menengah Sains
Bersyukur ke hadrat Illahi yang Maha Esa, SM Sains Alam Shah buat julung-julung kalinya berjaya ke peringkat negeri setelah mendapat tempat Keenam, the last spot. Top 6 dari setiap zon layak bermain di peringkat negeri. Kalau korang tengok kat table Final Ranking di bawah, pasukan sekolah aku memperolehi 12 game points dan 6 Match Points.

Pasukan aku kalah hanya sekali di pusingan keempat kepada Sekolah Aminuddin Baki yang diketuai Tan Jun Feng. Walaupun aku menang, ketiga-tiga rakan pasukanku yang lain tidak berjaya menewaskan lawan masing-masing. Pasukan sekolah aku menang di pusingan pertama (SMK St Gabriel) dan kelima (SM Tsun Jin). Team aku seri dengan SM Sains Selangor di pusingan kedua dan Sekolah Seri Garden di pusingan ketiga.

Tetapi yang tak bestnya, hanya Top 4 ajer yang naik podium menerima medal dan sijil. Apa kata kesemua Top 6 yang berjaya dan layak ke peringkat negeri diberi medal dan sijil?


Final Ranking

Pasukan catur ASiS 2012 bersama pengurus, Naqi (tidak berjaket) 


Kejohanan Catur Berpasukan Peringkat Negeri MSSWP 

Sewaktu di peringkat negeri, pasukan kami menukar strategi susunan pemain. Sekarang aku bermain di papan kedua, Imran di papan ketiga. Norhadi telah ditukarkan dari papan utama ke papan terakhir. Sementara, Zuhaili berpindah dari papan kedua ke papan utama. Ternyata strategi baru ini membuahkan hasil. 

Jika sewaktu di peringkat Zon aku menang kesemua pusingan tetapi di peringkat negeri aku tewas sekali. Di pusingan pertama, pasukan sekolah aku bertemu dengan Juara zon kami iaitu SMK Seri Bintang Utara. Nasib menyebelahi kami kerana berjaya seri. Zuhaili menang dan Imran telah membuat kejutan kerana berjaya menewaskan Daniel Iskandar.

Di pusingan kedua, team ASiS berjaya menewaskan Sekolah Seri Cempaka dengan mata 3 - 1. Syukur, Norhadi menang dan membantu dengan satu mata yang berharga setelah aku dan Imran berjaya menang ke atas lawan kami. Lawan kami di pusingan ketiga adalah SMK St John. Aku dan Zuhali menang sementara Imran menyumbang 1/2 point yang amat berharga. Di pusingan keempat, ASiS bertemu dengan SMK Kepong Baru. Kemenangan Norhadi amat melegakan setelah aku menang dan Imran seri.

SMK Seri Bintang Selatan adalah lawan pasukan ASiS di pusingan terakhir. Tidak sampai 10 minit, Imran terima tawaran draw lawannya. Dia amat keletihan setelah gamenya habis lewat di pusingan sebelumnya. Malah dia tak sempat nak makan tengahari. Setelah aku menang ke atas Kung Kah Heng (gambar di bawah) dan Zuhaili kalah kepada lawannya, keputusan sekarang masing-masing 1.5. Tinggal game Norhadi yang belum selesai. Memang Norhadi yang terbaeeek kerana berjaya menewaskan lawannya, Lee Liong Pin.Wa caya sama lu Hadi!  

Pusingan kelima menentang Kung Kah Heng

Zuhaili di sebelah kanan aku

Imran di sebelah kiri aku dan Norhadi di sebelahnya

Begitulah cerita fairytale pasukan catur SM Sains Alam Shah yang berjaya membuat kejutan di Kejohanan Catur Berpasukan MSSWP edisi 2012. Sudah pasti ia akan menjadi kenangan terindah buat aku dan rakan -rakan sepasukan yang lain termasuk pengurus pasukan kami Naqi. Siap ada pengurus tu pasukan catur ASiS. Steadylah Naqi, tidak sia-sia menunggu dengan sabar kami bertanding.

Semoga pasukan catur ASiS akan meneruskan kecemerlangan ini di tahun hadapan. Guys, keep practicing!

Final Ranking 

Naib Johan Berpasukan MSSWP 2012

Handsome dan segak tak kami semua? HA HA HA ...