27 July 2015

Karnival Sukan MASUM 2015


Isnin, 27 Jul 2015

Hari ini aku akan ke UTM Johor Bahru. Bukan .. bukan aku bertukar universiti. Sebenarnya aku akan menyertai Karnival Sukan MASUM 2015 yang akan berlansung dari 27 Julai hingga 7 Ogos 2015. Sudah pasti aku akan sertai permainan catur. 

Alhamdulillah, aku telah terpilih untuk mewakili pasukan catur UiTM bersama tujuh rakan yang lain. Aku akan bermain sebanyak tujuh pusingan mulai hari Rabu, 29/7/2015 hingga Sabtu, 1/8/2015. Doakan aku dan pasukan UiTM berjaya dengan cemerlang

UiTM MASUM 2015 Chess Team

Alhamdulillah, pasukan Catur Lelaki UiTM berjaya memenangi pingat Emas dalam acara Berpasukan. Malah, pingat Emas dalam acara Lelaki Individu juga berjaya dimenangi melalui Hazzafri. Aku mendapat tempat Keempat dalam senarai Final Ranking.

Pasukan Catur Lelaki MASUM 2015 UiTM - Juara & Pingat Emas

Pemenang Acara Berpasukan Lelaki
Klik di sini untuk senarai penuh

Logo MASUM 2015

Kenangan yang sangat manis bagi Pasukan Catur MASUM 2015 UiTM kerana telah berjaya memenangi keempat-empat pingat Emas acara sukan Catur. 

Pasukan Catur MASUM 2015 UiTM 

Sehingga berjumpa lagi di Kejohanan Catur MASUM 2016.

No comments:

Post a Comment