23 November 2012

National Rapid & Blitz Chess Championship


Amboi, sudah lama aku tak update blog. Bukan tak ada cerita nak update. Empat weekend berturut-turut aku sertai pertandingan catur. Weekend ni jer aku tak bertanding. Bukan tak ada tournament, tapi sebab aku tak layak. Nak tahu kenapa? Pertandingan catur tersebut hanya buat pemain-pemain yang memiliki rating di bawah 1600. Memandangkan rating aku lebih 1600, so aku tak boleh participate.  

Minggu lepas, aku bertanding di Tronoh, Perak. To be exact, di Universiti Teknologi Petronas atau singkatannya UTP. Apa nama kejohanan catur yang aku sertai? NRBCC. Korang tahu ker apa nama penuhnya? NRBCC tu shortform kepada National Rapid & Blitz Chess Championship. Itu dalam bahasa omputehnya. In Malay language, Kejohanan Catur Rapid & Blitz Kebangsaan. 

Sebenarnya ada banyak kategori yang dipertandingkan. Ringkasnya, kategori Terbuka atau Open dan peringkat umur atau age group. Ada dua event sebenarnya iaitu Rapid dan Blitz (Catur Cepat atau Kilat). Sembilan pusingan dipertandingkan bagi setiap event. Masa kawalan pula, 20 minit dengan tambahan 10 saat  untuk Rapid dan 3 minit plus 2 saat bagi Blitz. Ayah daftarkan aku dalam kategori Terbuka walaupun aku boleh bertanding dalam kategori Bawah 16 Tahun. Ayah mahukan aku bermain dalam kategori Terbuka supaya aku dapat FIDE-rating Rapid dan Blitz. 

Seramai 47 pemain catur menyertai event Rapid termasuk dua orang pemain yang berasal dari Filipina. Dengan FIDE rating 1679 aku merupakan pemain pilihan ke 20. So, macam mana prestasi dan performance aku? Aku menang lima (5) dari sembilan (9) pusingan. Ini bermakna aku hanya berjaya mendapat 5 mata. Senang cerita, aku menang kesemua game di mana lawan aku samada rating lebih rendah atau tiada rating. Dan aku kalah kepada semua lawan yang memiliki rating lebih tinggi iaitu 2000 ke atas. Kesemua game yang aku tewas adalah kepada lawan yang berada di ranking Top 10.

Dalam event Blitz pula, keputusan aku agak lebih baik. Sebab aku berjaya menaiki podium sebagai pemenang. Seronok per terima hadiah dari Exco Belia & Sukan Negeri Perak yang juga merupakan YB ADUN Sungai Manik, Dato' Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin. Bertemu sembilan orang lawan dari 44 peserta, aku hanya tewas dua (2) kali dan seri sekali. Berapa point aku score? 6.5/9. Aku bertemu dengan lima (5) pemain yang memiliki rating melebihi 2000. Aku berjaya menewaskan dua (2) orang dan seri  satu.

Pusingan ke 6 Rapid

Cam tak cayer jer aku fokus macam gini ... :)-

Bertemu otai geng mamak, Fairin

Lawan Nik Farouqi (Elo 2071)

Top 10 Blitz event

Terima hadiah dari Exco Belia & Sukan Perak