16 May 2010

Pertandingan Catur Terbuka Stonemaster di Laguna Park, Pulau Indah


Semalam, aku sekeluarga menyertai Pertandingan Catur Stonemaster Laguna Park di Pelabuhan Klang, Pulau Indah. Ini kali kedua pertandingan catur diadakan di Restoran Seri Nelayan yang dimiliki oleh Encik Abdul Malek Sayuti (gambar di bawah).

GiloCatur (ayahku) mendaftarkan diri dalam kategori terbuka manakala aku dan adik-adikku menyertai dalam kategori remaja bawah 18.


Pada pusingan pertama, aku melawan Fatini Hannan yang masih kurang pengalaman. Aku menang dengan Muhd Ridzwan pada pusingan kedua. Ketika pusingan ketiga berlangsung, keadaan makin panas. Aku menang kepada pemain bernama Yee Jian Yang. Muhd Fikri Farizal, juara bawah 12 tahun MSSS 2010 telah aku kalahkan pada pusingan ke empat. Pada pusingan kelima, aku berlawan kakak kepada Vickie, Winnie Hong. Ketika sedang berlawan, ayahnya melihat permainan anaknya. Kesudahannya, aku menang.

Tariq sedang fokus melawan WFM Nur Najiha dalam pusingan 3. Sebelah kiri Najiha, Puteri Munajjah berlawan dengan kakaknya, Puteri Rifqah.


Walaupun bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Arifuddin (gambar di atas, kanan) juga menyertai pertandingan ini bagi memeriahkan lagi suasana di sini.

Aku melawan Tariq Ziad, pemain Selangor yang berbakat pada pusingan terakhir.

Pada pusingan terakhir, aku bertemu dengan Tariq. Sebelum perlawanan dimulakan, aku meminta seri dengan dia kerana malas bermain tetapi dia menolak. Ketika sedang berlawan, aku lebih satu buah lalu aku terus meminta seri dengan dia meskipun aku menang posisi itu. Dia pun setuju dan perlawanan berakhir dengan seri.

Fikri-Juara Remaja Bawah 18 Tahun


Muhd Nabil Azman Hisham-Juara kategori terbuka

Jadi, tahniah kepada semua pemenang. Sila ke laman blog Stonemaster di sini untuk keputusan penuh, Kepada yang tidak menang, teruskan usaha sehingga berjaya.

Bagaimana keputusan adik-adikku?

Anis Fariha menang 4/6 perlawanan selepas menang empat dan dua kalah. Dia kalah kepada Vickie Hong pada pusingan kedua dan Puteri Rifqah pada pusingan kelima. Dengan itu, dia memenangi tempat pertama bagi kategori wanita terbaik. (GiLoCatur : Terbaik Perempuan ataupun Best Girl)

Sementara itu, Fahim menang 3/6 perlawanan. Dia menang pada pusingan kedua, ketiga dan terakhir. Walaupun dia menghadapi demam panas, namun dia bersemangat untuk teruskan bermain. Harap-harap dia berjaya suatu hari nanti. Amin


[ Nota GiLoCatur : Entry di atas merupakan hasil karangan Fikri tanpa sebarang pengeditan oleh GiLoCatur. ]