17 April 2010

Road To MSSM 2010 @Perlis Indera Kayangan - Part 2


"Road To MSSM 2010 at Perlis Indera Kayangan" - Part 2 diteruskan setelah aku berjaya mewakili daerahku Petaling Perdana di Kejohanan Catur MSS Selangor yang dihoskan oleh Daerah Sabak Bernam dari 13 hingga 15 April yang lalu. Lebih tepat lagi kejohanan tersebut diadakan di Dewan SMK Sungai Besar. Sungai Besar dan Sabak Bernam bukanlah asing bagiku. Sebabnya kedua ibubapaku dilahirkan dan membesar di situ. Ayahku, dilahirkan di sebuah kampung bernama Sungai Tengar yang bersebelahan dengan Pekan Sungai Ayer Tawar dan Parit Baharu. Ketiga-tiga abang beliau tinggal dan menetap di Daerah Sabak Bernam.

Sementara ibuku pula dilahirkan dan membesar di Pekan Simpang 5 yang berhampiran dengan Pekan Sungai Nibong dan Sungai Haji Dorani. Ya, tempat2 ini terkenal dengan homestaynya. So, untuk bertanding di Sungai Besar seolah-olah seperti berada di daerah sendiri.

Aku bersama kontijen catur MSSD Petaling Perdana (PP) bertolak dari Pejabat PPD PP di Seksyen 19 (tak jauh dari sekolah aku tu ...) pada kira-kira jam 2.30 petang. Bukan naik kereta tau, tapi naik bas yang telah disewa khas. Adik aku Anis pun ikut sama sebab dia wakil pasukan Perempuan B12 setelah dia berjaya menjuarai bagi kedua-dua acara Individu dan Berpasukan. Eh, lupa lak nak ucap tahniah kat dia. Tahniah Anis!



Gambar di atas adalah di hari kedua sewaktu pusingan pertama acara berpasukan. Team aku bertemu team Irfan anak Encik Azhar yang bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Aku bermain di board kedua, board pertama - Jun Keat, board ketiga - Sunil dan board keempat - Khidhir. Alhamdulillah, team PP menang 4-0. Hanya pusingan pertama untuk acara berpasukan yang diadakan pada hari kedua. Empat pusingan lagi dijalankan pada hari ketiga. Untuk acara berpasukan hanya lima pusingan sahaja. Sebab hanya ada 10 pasukan (daerah) sahaja yang bertanding. Sedangkan untuk acara individu kesemua 40 peserta (4 pemain x 10 daerah) bermain tujuh pusingan dengan kawalan masa (time control) 60 minit setiap pemain. Time control untuk acara berpasukan pula ialah 30 minit.

Pasukan Lelaki B15 PP dengan "baju merah"


Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana team L15 PP tahun ini agak kuat dan seimbang. Aku berazam untuk membantu pasukan mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Jika tahun lepas aku dan Jun Keat bersama-sama Jun Jian, yang tahun ini menyertai kategori Lelaki B18, dan Iskandar, tahun ini kami bersama-sama Sunil dan Khidhir pula.

Syukur alhamdulillah, pasukan Lelaki B15 PP berjaya mempertahankan kejuaraan. Kami menang 4-0 dengan Sepang di pusingan kedua, menang 3.5-0.5 dengan Kelang di pusingan ketiga, menang 4-0 dengan Gombak di pusingan keempat dan menang 2.5-1.5 dengan Petaling Utama di pusingan terakhir. Kami telah sepakat untuk bermain sebaik mungkin dan akhirnya berjaya mengutip 18/20 mata. Satu cabaran di edisi akan datang untuk mempertahankan kemenangan dan keputusan tersebut.


Di hari ketiga, kontijen Petaling Perdana berbaju warna putih. Bergambar kenang-kenangan bersama semua pemain pasukan catur Daerah Petaling Perdana dan guru-guru pengiring. Satu kejayaan yang manis untuk kontijen setelah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan setelah mengutip 108 mata. Sebagai pemenang, kesemua pemain telah naik ke podium untuk menerima medal dan sijil.

Pasukan Lelaki B15 Petaling Perdana bersama pengurus, Cikgu Habeni (berkopiah yang paling kanan sekali)

Pasukan Lelaki B15 setelah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Lelaki Bawah 15 Kejohanan Catur MSS Selangor 2010.

Syukur kehadrat Allah Maha Esa kerana selain memenangi acara berpasukan, aku juga berjaya menjuarai acara Individu Lelaki B15.

Aku dan Anis yang juga berjaya sebagai pemenang acara berpasukan Perempuan B12.

Ayahandaku juga sama-sama meraikan kejayaanku.

Tidak ketinggalan, bondaku juga hadir memberi sokongan padu kepada aku dan Anis di kejohanan ini.

Di rumah inilah, aku dan rakan2 sepasukan bermalam di sepanjang kejohanan di Sungai Besar.


Akhir kalam, kejohanan catur MSS Selangor 2010 memberikan kenangan yang paling manis dalam kembara caturku. Alhamdulillah, Road To MSSM 2010 at Perlis tidak terhenti setakat ini. Aku akan ke Perlis, Insya Allah, pada bulan Jun nanti.

No comments:

Post a Comment