17 July 2010

Fikri di Kejohanan Catur Terbuka Ole Ole Shah Alam


Pada hari sabtu, 10 Julai 2010 yang lalu Fikri telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka Ole Ole Shah Alam di Seksyen 18. Tempat pertandingan tersebut sebenarnya tidak berapa jauh dari sekolah dan asrama Fikri. Turut menyertai pertandingan catur tersebut adalah adik Fikri, Fahim Al-Faqeh, dan ayah yang juga dikenali sebagai GiLoCatur. Ini adalah kali kedua Fikri menyertai kejohanan tersebut. Jika di kejohanan terdahulu ia diadakan di tingkat ground floor, pada kali ini ia diadakan di tingkat dua yang lebih selesa.


Di pusingan pertama, Fikri bermain buah hitam menentang pemain catur yang bernama Md Ismail. Fikri bermula dengan baik setelah menang game tersebut.



Di pusingan kedua, Fikri telah ditewaskan oleh lawannya yang bernama Mohd Khairul Nizam Johary. Dua minggu tidak bermain catur dan menyertai sebarang pertandingan telah memberi kesan kepada permainan beliau. Episod malang berterusan di pusingan ketiga kerana Fikri telah ditewaskan pula oleh kenalan caturnya, Vinton Wong Hsien Loong (gambar di atas).


Fikri menang pusingan keempat ke atas Mohd Aizat Shafiq Mohd Yusof dengan buah putih. Dengan itu beliau telah mengutip 2/4 mata. Di pusingan kelima, lawan yang menunggu adalah Ashman Raziuddin, rakan setaman di Bukit Jelutong dan sepasukan MSS Selangor. Ashman (gambar atas) merupakan pemain Bawah 18 Tahun Lelaki MSS Selangor yang sama-sama menyertai Kejohanan Catur MSSM di Perlis sebulan yang lalu. Rakan sepasukan Fikri, Suniil Kalaivanan, juga turut serta dalam pertandingan ini dan berjaya pula mendapat tempat keempat. Fikri berjaya menewaskan Ashman.


Di pusingan terakhir iaitu keenam, seorang lagi rakan sepasukan MSS Selangor Fikri menjadi lawannya. Kali ini pemain perempuan pula iaitu Goh Xin Yen (gambar atas). Xin Yen tewas dalam pertarungan tersebut. Pertemuan tersebut merupakan yang kedua dalam pertandingan catur, setelah bertemu di Selangor Open pada awal bulan Mei lalu. Ini bermakna, Fikri berjaya memungut 4/6 mata.


Dengan pungutan mata tersebut, Fikri berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Best U18 Open di belakang Mohd Syakir Azhar, seorang lagi pemain MSS Selangor. Sila klik di sini untuk lihat senarai pemenang-pemenang Kejohanan Catur Ole Ole Shah Alam.

Fikri sedang menerima hadiah RM75


No comments:

Post a Comment