Hari ini tanggal 9 Disember 2011, Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari ini juga merupakan hari ketiga Kejohanan Catur Terbuka Pulau Pinang yang aku sertai. Enam pusingan telah diharungi, ada lagi tiga pusingan.
Aku memang tiga dan kalah tiga. Ketiga-tiga kekalahan adalah kepada lawan yang memiliki Elo ratings yang lebih tinggi. Kebetulan juga ketiga-tiga mereka adalah pemain luar negara. Ketiga-tiga kemenangan adalah keatas lawan pemain Malaysia.
Di sebelah pagi, pusingan ketujuh akan berlansung tepat jam 9.00 pagi. Lawan aku telah ketahui malam tadi. Lawanku jauh lebih muda dari aku. Tetapi dia sudah ada title iaitu Fide Master (FM). Elo ratings juga lebih tinggi daripada aku. Hampir 2000, sedangkan Elo ratings aku hampir 1700. 300 jarak perbezaan ratings kami. Harap aku menang untuk improve FIDE ratings aku.
"GM" Fikri sedang menanti Rapid Bus ke lokasi kejohanan catur Penang Open |
Gambar di atas diambil oleh ayah aku. Sebenarnya aku dan family tidak tinggal di hotel, venue kejohanan iaitu di Hotel Tanjung Bunga. Hotel ini bukanlah asing bagiku kerana ia merupakan venue bagi Kejohanan Catur MSSM yang aku sertai dalam bulan Jun yang lepas. Ayahku telah memilih sebuah tavelodge yang bernama Lazyboys Travelodge yang terletak di Batu Ferringgi, kira-kira 10 kilometer dari Tanjung Bunga.
No comments:
Post a Comment