07 December 2011

Hari Pertama Kejohanan Catur Terbuka P Pinang

Lebih kurang jam 7.30 malam, aku sekeluarga telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Apa tujuan kami sekeluarga datang ke Pulau Pinang? Bercuti? 

Actually, aku menyertai Kejohanan Catur Terbuka Pulau Pinang yang berlansung selama lima hari bermula hari ini, Selasa 6 hb Disember. Hari ini merupakan hari pertama atau Day 1. Sebanyak dua pusingan telah diadakan. Pusingan pertama bermula pada pukul 9 pagi sementara Pusingan kedua diadakan pada pukuil 3 petang.

Pusingan pertama

Aku kalah di pusingan pertama menentang pemain muda dari Filipina yang bernama Mari Joseph Turqueza. Aku telah membuat kesilapan pada pergerakan yang ke-26.  

Mari Joseph (kiri) vs Aku

Kedudukan selepas Putih gerak 26. Nc3

25.Qxd3 Rb8 26.Nc3 Qc7? 27.Nxd5! Qxe5

Aku telah membuat kesilapan atau blunder dalam istilah caturnya. Aku telah membuat pergerakan "suicidal" atau membunuh diri (ha ha ha) dengan meletakkan Queen di petak c7. Apa lagi, lawan aku pun mengambil peluang keemasan dengan menggunakan Knight untuk capture pawn di petak d5. Kemudian satu kesilapan lagi aku lakukan dengan makan pawn Buah Hitam di petak e5 dengan memberi ruang kepada Knightnya untuk fork Queen dan rook aku. Adakah anda nampak pergerakan-pergerakan ini?  




Pusingan kedua

Alhamdulillah, aku berjaya menewaskan lawanku di pusingan kedua.

menentang Amir Qayyim (kanan)

Gambar di atas agak terang (bercahaya) akibat silauan cahaya matahari.

No comments:

Post a Comment