28 April 2010

Gambar2 Fikri di Kejohanan "Terbuka Selangor" edisi ke 35 (2008)


Insya Allah, jika tiada aral melintang Fikri akan menyertai Kejohanan Catur Terbuka Selangor yang telah memasuki edisi ke 37 yang akan bermula esok. Fikri mula menyertai kejohanan ini semenjak edisi ke 35 pada tahun 2008 sewaktu di Tahun 6. Di penyertaan sulung tersebut Fikri telah berjaya memenangi tempat kedua bagi kategori Bawah 12 Tahun. Berikut adalah gambar-gambar Fikri di kejohanan tersebut sebagai satu kenangan atau sorotan kembara caturnya yang masih panjang.



Fikri vs NM Yeoh Chin Seng

Fikri vs Yahaya Ahmad, salah seorang VP MCF di waktu ini.

"Alamak! Fokus betul bro ni. Nampak gaya tak ada chance aku nak menang ni."


Fikri berguru dengan pemain catur Indonesia

Fikri vs Faqihah, pemain catur SKBJ

Fikri vs ayah Shreyes

Fikri vs Andrew aka Gilachess, seorang blogger catur Malaysia otai dan tersohor


Bersama pemenang2, sponsor kejohanan dan CAS officials


nota : gambar2 di atas adalah koleksi photo Nikon L14 GiLoCatur

17 April 2010

Road To MSSM 2010 @Perlis Indera Kayangan - Part 2


"Road To MSSM 2010 at Perlis Indera Kayangan" - Part 2 diteruskan setelah aku berjaya mewakili daerahku Petaling Perdana di Kejohanan Catur MSS Selangor yang dihoskan oleh Daerah Sabak Bernam dari 13 hingga 15 April yang lalu. Lebih tepat lagi kejohanan tersebut diadakan di Dewan SMK Sungai Besar. Sungai Besar dan Sabak Bernam bukanlah asing bagiku. Sebabnya kedua ibubapaku dilahirkan dan membesar di situ. Ayahku, dilahirkan di sebuah kampung bernama Sungai Tengar yang bersebelahan dengan Pekan Sungai Ayer Tawar dan Parit Baharu. Ketiga-tiga abang beliau tinggal dan menetap di Daerah Sabak Bernam.

Sementara ibuku pula dilahirkan dan membesar di Pekan Simpang 5 yang berhampiran dengan Pekan Sungai Nibong dan Sungai Haji Dorani. Ya, tempat2 ini terkenal dengan homestaynya. So, untuk bertanding di Sungai Besar seolah-olah seperti berada di daerah sendiri.

Aku bersama kontijen catur MSSD Petaling Perdana (PP) bertolak dari Pejabat PPD PP di Seksyen 19 (tak jauh dari sekolah aku tu ...) pada kira-kira jam 2.30 petang. Bukan naik kereta tau, tapi naik bas yang telah disewa khas. Adik aku Anis pun ikut sama sebab dia wakil pasukan Perempuan B12 setelah dia berjaya menjuarai bagi kedua-dua acara Individu dan Berpasukan. Eh, lupa lak nak ucap tahniah kat dia. Tahniah Anis!



Gambar di atas adalah di hari kedua sewaktu pusingan pertama acara berpasukan. Team aku bertemu team Irfan anak Encik Azhar yang bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Aku bermain di board kedua, board pertama - Jun Keat, board ketiga - Sunil dan board keempat - Khidhir. Alhamdulillah, team PP menang 4-0. Hanya pusingan pertama untuk acara berpasukan yang diadakan pada hari kedua. Empat pusingan lagi dijalankan pada hari ketiga. Untuk acara berpasukan hanya lima pusingan sahaja. Sebab hanya ada 10 pasukan (daerah) sahaja yang bertanding. Sedangkan untuk acara individu kesemua 40 peserta (4 pemain x 10 daerah) bermain tujuh pusingan dengan kawalan masa (time control) 60 minit setiap pemain. Time control untuk acara berpasukan pula ialah 30 minit.

Pasukan Lelaki B15 PP dengan "baju merah"


Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana team L15 PP tahun ini agak kuat dan seimbang. Aku berazam untuk membantu pasukan mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Jika tahun lepas aku dan Jun Keat bersama-sama Jun Jian, yang tahun ini menyertai kategori Lelaki B18, dan Iskandar, tahun ini kami bersama-sama Sunil dan Khidhir pula.

Syukur alhamdulillah, pasukan Lelaki B15 PP berjaya mempertahankan kejuaraan. Kami menang 4-0 dengan Sepang di pusingan kedua, menang 3.5-0.5 dengan Kelang di pusingan ketiga, menang 4-0 dengan Gombak di pusingan keempat dan menang 2.5-1.5 dengan Petaling Utama di pusingan terakhir. Kami telah sepakat untuk bermain sebaik mungkin dan akhirnya berjaya mengutip 18/20 mata. Satu cabaran di edisi akan datang untuk mempertahankan kemenangan dan keputusan tersebut.


Di hari ketiga, kontijen Petaling Perdana berbaju warna putih. Bergambar kenang-kenangan bersama semua pemain pasukan catur Daerah Petaling Perdana dan guru-guru pengiring. Satu kejayaan yang manis untuk kontijen setelah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan setelah mengutip 108 mata. Sebagai pemenang, kesemua pemain telah naik ke podium untuk menerima medal dan sijil.

Pasukan Lelaki B15 Petaling Perdana bersama pengurus, Cikgu Habeni (berkopiah yang paling kanan sekali)

Pasukan Lelaki B15 setelah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Lelaki Bawah 15 Kejohanan Catur MSS Selangor 2010.

Syukur kehadrat Allah Maha Esa kerana selain memenangi acara berpasukan, aku juga berjaya menjuarai acara Individu Lelaki B15.

Aku dan Anis yang juga berjaya sebagai pemenang acara berpasukan Perempuan B12.

Ayahandaku juga sama-sama meraikan kejayaanku.

Tidak ketinggalan, bondaku juga hadir memberi sokongan padu kepada aku dan Anis di kejohanan ini.

Di rumah inilah, aku dan rakan2 sepasukan bermalam di sepanjang kejohanan di Sungai Besar.


Akhir kalam, kejohanan catur MSS Selangor 2010 memberikan kenangan yang paling manis dalam kembara caturku. Alhamdulillah, Road To MSSM 2010 at Perlis tidak terhenti setakat ini. Aku akan ke Perlis, Insya Allah, pada bulan Jun nanti.

11 April 2010

Final Standings Kejohanan Catur Terbuka UiTM - 10 April 2010 (Sabtu)


Berikut adalah final standings bagi kejohanan catur UiTM yang telah dijalankan semalam di Kolej Melati.





Seramai 74 orang pemain catur telah menyertai kejohanan ini yang dijalankan sebanyak 7 pusingan. Format permainan adalah chess rapid 25 minit kawalan masa bagi setiap pemain. Hanya satu kategori bagi semua peserta di mana samada pemain Bawah 12 atau Bawah 18 Tahun telah bersaing bersama peserta2 kategori Open.


07 April 2010

Road To MSSM 2010 @Perlis Indera Kayangan - Part 1

Aku dan rakan2 pasukan B15L SMK Seksyen 18 - Muhamad Al-Amin, Faiz Noordin, Farid Haruddin


Pada 5 & 6 April 2010, bermulalah kembaraku ke kejohanan catur MSSM 2010 yang akan berlansung di Negeri Perlis Indera Kayangan di bulan Jun nanti. Aku mewakili sekolahku, SMK Seksyen 18, bersama tiga rakan2 yang lain (seperti gambar di atas). Ini merupakan tahun kedua aku mewakili sekolah tersebut di kejohanan catur MSSD Petaling Perdana. Venue pertandingan sama seperti edisi tahun lepas iaitu di SMK SSAAS, Seksyen 2. Rupa2nya sekolah tersebut telah menjadi tuan rumah bagi acara catur untuk tahun yang ketiga.

So,bagaimana keputusannya?



Di pusingan terakhir, aku bermain buah putih bertemu dengan rakan sepasukan MSSD PP ku tahun lepas iaitu Iskandar dari SMK Seksyen 19. Kami berdua telah mengumpul 6/6 mata bersama-sama tiga lagi pemain. Setelah tujuh pusingan, aku berjaya menang 5 dan seri 2 kali. Di pusingan keenam, aku telah seri dengan Low Jun Keat (SMK USJ 12), pemain yang telah aku kenali semenjak di MSSD PP kategori sekolah rendah pada tahun 2008. Dia juga merupakan rakan sepasukan MSSD PP ku tahun lalu.

Alhamdulillah, aku berjaya menang ke atas Iskandar di pusingan terakhir yang amat kritikal dan penting. Jika tidak kembaraku ke MSSM 2010 di Perlis akan terhenti setakat peringkat daerah. Aku bersyukur kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada kedua ibubapaku yang sangat supportive dan juga kepada guru2 dan rakan2 sekolah. Dengan berbekalkan 7 mata dari 6 kemenangan dan 2 seri, aku berjaya menjadi naib juara bagi kategori individu. Amat sayang sekali, rakan2 sepasukanku yang lain tidak dapat menyertai aku di atas podium terutamanya bagi acara berpasukan walaupun di peringkat awal menunjukkan keputusan yang agak baik. Memandangkan aku tidak tahu final standing, aku tidak tahu kedudukan pasukan sekolahku, tetapi mengikut perkiraan rasanya tidak terlalu jauh dari tempat keempat. Insya Allah, di tahun hadapan pasukan catur sekolahku akan lebih cemerlang dan berjaya mendapat kedudukan yang baik. Dua orang dari pasukan B18L sekolahku, menunjukkan prestasi yang sangat promising terutamanya di hari pertama. Abang Ammar berjaya mendapat perfect score 4/4 sementara Abang Wan Shafiq berada di kedudukan ketiga setelah pusingan keenam setelah mengutip 5.5/6 mata. Amat sayang dengan kurang pengalaman dan chess practice, mereka berdua tidak dapat meneruskan langkah ke atas podium di pusingan kedua terakhir. Pada pandanganku, mereka berdua sangat berbakat dalam sukan catur dan perlu lebih banyak menyertai pertandingan2 catur terutamanya bagi Abang Wan yang masih berpeluang untuk menyertai kejohanan tahun hadapan.


Aku dan rakan pasukan menunggu closing ceremony dan acara prize giving.



Ibu kesayanganku juga sempat datang untuk memberi sokongan padu.




Aku dan rakan2 sepasukan Bawah 15 dibelanja oleh ibubapa makan KFC (gambar atas). Terima kasih ayah dan ibu. Insya Allah, abang akan berusaha bersungguh-sungguh di peringkat berikutnya untuk meneruskan kembara catur ke MSSM 2010.

Esok dan lusa, kedua-dua adik kesayanganku pula akan bersaing di kejohanan catur peringkat daerah MSSD PP kategori sekolah rendah di Seksyen 9. Aku berharap mereka berdua akan berjaya dengan cemerlang dan aku akan sentiasa mendoakan kejayaan mereka.


05 April 2010

Esok Aku Bertanding di MSSD PETALING PERDANA


Esok Isnin, 5 April 2010 merupakan satu hari yang penting bagi kembara caturku. Esok aku akan mewakili sekolahku, SMK Seksyen 18 Shah Alam di kejohanan catur MSSD yang akan berlansung selama dua hari di Sekolah Menengah Seksyen 2. Edisi kali ini merupakan penyertaan ketiga aku dalam kejohanan catur MSS.

Penyertaan pertamaku adalah sewaktu di Tahun 6 dan bersekolah di SK Bukit Jelutong. Alhamdulillah, di penyertaan sulung aku berjaya mendapat pingat gangsa bagi kategori Bawah 12 Individu dan Naib Johan Berpasukan Bawah 12.

Pasukan SKBJ A - Naib Johan Berpasukan
(Dari kiri) Ihsan Syahiran, Mohd Ishraf, Adam Mohd Jamil & Aku


Bersama pasukan catur SKBJ


Semoga kembara caturku di kejohanan catur MSSD Petaling Perdana kali ini akan lebih cemerlang dan memberi kejayaan. Esok aku akan menyertai kategori Bawah 15 Tahun. Doakan kejayaanku!