Tarikh : 27 Februari 2010 (Sabtu)
Pertandingan : Seremban Parade Kategori U18
Venue : Seremban Parade Shopping Complex
Jumlah Peserta : 48 orang
Penyertaanku dalam pertandingan catur di Seremban Parade ini tidak dirancang kerana aku tidak sepatutnya pulang ke rumah dari asrama pada weekend tersebut. Tetapi memandangkan aku diwajibkan pulang ke rumah, ayah telah membawa aku dan Fahim ke Seremban menyertai rapid chess tournament. Anis tidak ikut serta kerana dia ada program perkhemahan sekolah di Bangi. Ke mana lagi aku sebagai chess player berada di hujung minggu, kalau tidak di chess tourney. Sememangnya aku telah memilih catur sebagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan semenjak tahun 2008. Ibubapa hanya memberi sokongan padu. Alhamdulillah, ayah juga amat meminati catur dan menyokong aku adik beradik 100%. Sehingga ayah telah memilih nickname GiLoCatur dan mempunyai satu laman blog catur.
Aku menentang Kok Wei Tze (kanan) pemain catur berbakat dari Melaka.
Aku bertemu Syakir (kiri) yang merupakan Juara Berpasukan U15 MSSM tahun lepas di Kelang.
Aku menentang salah seorang pemain catur dari SASER (Sekolah Menengah Sains Seremban). Ada beberapa orang pelajar sekolah tersebut yang menyertai pertandingan Seremban Parade. Sungguh bertuah jika aku pun dapat bersekolah seperti SASER yang kelab caturnya aktif. Sila klik di sini jika nak tahu maklumat lanjut tentang sekolah tersebut.
Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat kedua setelah mengumpul 5/6 mata. Ada tiga orang pemain yang memiliki mata sama - selain aku, Kok Wei Tze dari Melaka dan Fairuz Hamizah dari Kedah. Kepada yang tidak biasa dengan chess, tie break akan digunakan untuk menentukan kedudukan. Fairuz sudah tidak asing bagiku. Dia merupakan salah seorang peserta dalam Kejohanan MWM - Malaysian Women Masters. Sementara Wei Tze pula, baruku kenali sewaktu MMU International Open. Aku yakin dan percaya mereka berdua akan mewakili negeri masing-masing di kejohanan MSSM di Perlis Jun nanti.
Juara bagi kategori U18 Seremban Parade adalah Muhd Syakir anak Encik Azhar. Dia menang ke semua pusingan dan mengumpul 6/6 mata. Aku tewas kepadanya di pusingan kelima.
No comments:
Post a Comment