23 March 2010

NAG 2010 di Pulau Pinang


Fikri Saleh telah menyertai Kejohanan National Age Group (NAG) yang berlansung di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pada 14 hingga 16 Mac 2010. Ini merupakan penyertaan kali ketiga dalam kejohanan tersebut. Untuk edisi kali ini, Fikri sertai kategori Bawah 14 Tahun Lelaki, salah satu kategori yang paling ramai dan "tough".


Fikri bersama semua pemenang bagi kategori age group U14 Boys. Juara, Daniel Iskandar, di sebelah kiri dan Roshan Singh dari Selangor di sebelah kanan.

Sedang terima medal dan sijil tempat ketujuh.

Mendapat 5/8 mata setelah tewas tiga permainan. Fikri kalah kepada Muhd Irfan Haqqim di pusingan kedua dan Roshan Ajeet Singh di pusingan kelima. Fikri dan kedua-dua mereka merupakan pemenang Top 6 U12B dalam Kejohanan MSS peringkat Negeri Selangor edisi tahun 2008, yakni penyertaan sulung beliau dalam kejohanan catur MSS. Mereka bertiga bakal bersaing di kejohanan sama dalam kategori U15B di Sabak Bernam dengan syarat mereka berjaya mewakili daerah masing-masing - Fikri (Petaling Perdana), Irfan (Kuala Selangor) dan Roshan (Petaling Utama).

Di pusingan terakhir, Fikri gagal memenangi pertemuannya dengan top seed, Elgin Lee Kah Meng dari Pulau Pinang, iaitu permainan DO-OR-DIE baginya. Jika beliau menang, peluang cerah untuk mendapat Top Four. Pertemuan tersebut merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan penting dalam perjalanan dan kembara CATUR Fikri.

Insya Allah, dalam kejohanan NAG tahun hadapan, Fikri akan bermain dalam kategori U16 Boys.


No comments:

Post a Comment