10 May 2012

Pasukan Catur ASiS 2012 Bikin Sejarah, Beb!


Korang dah tahu kan aku sudah bertukar sekolah. Dulu aku bersekolah di SMK Seksyen 18 Shah Alam. Semenjak 6 hb Mac tahun ini aku secara rasminya telah menjadi seorang pelajar SM Sains Alam Shah yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Sekolah ini juga dikenali sebagai ASiS.

Ni aku nak cer kat korang. Alhamdulillah dengan izinNYA, pasukan catur ASiS yang aku sertai telah mencipta sejarah tersendiri di kejohanan catur MSSWP.

Kejohanan Catur Berpasukan Zon Pudu 

Kalau dulu semasa di Selangor, aku bertanding di peringkat daerah atau dipanggil PPD. Sekarang di KL, aku bertanding di peringkat zon. Sekolah aku berada dalam Zon Pudu. Ada sedikit perbezaan format pertandingan di antara peringkat daerah di Selangor dan peringkat zon di Wilayah Persekutuan. 

Selama empat tahun aku bertanding di peringkat PPD Petaling Perdana, mata bagi kategori berpasukan dikumpul dari pertandingan individu. Tetapi berbeza di Zon Pudu di mana acara berpasukan dan individu dijalankan secara berasingan. Setiap pasukan bertanding sebanyak lima pusingan selama dua hari.

Kejohanan catur berpasukan Zon Pudu telah diadakan pada 12 & 13 April yang lalu di SMK Seri Mulia yang tidak jauh dari sekolah aku. Sebanyak 18 pasukan termasuk sekolah aku yang bertanding.  

Banner Kejohanan Catur Zon Pudu
Korang nak kenal tak team members pasukan catur ASiS 2012? Dua orang pelajar Form 5 dan dua orang pelajar Form 4. Muhammad Norhadi Fadzli, Zuhaili Zahari, aku dan Wan Muhammad Imran Wan Ismail. Begitulah susunan  pemain yang didaftarkan. Ini bermakna aku pemain papan ketiga. Susunan tidak perlu mengikut rating. 


Pertembungan 2 Sekolah Menengah Sains
Bersyukur ke hadrat Illahi yang Maha Esa, SM Sains Alam Shah buat julung-julung kalinya berjaya ke peringkat negeri setelah mendapat tempat Keenam, the last spot. Top 6 dari setiap zon layak bermain di peringkat negeri. Kalau korang tengok kat table Final Ranking di bawah, pasukan sekolah aku memperolehi 12 game points dan 6 Match Points.

Pasukan aku kalah hanya sekali di pusingan keempat kepada Sekolah Aminuddin Baki yang diketuai Tan Jun Feng. Walaupun aku menang, ketiga-tiga rakan pasukanku yang lain tidak berjaya menewaskan lawan masing-masing. Pasukan sekolah aku menang di pusingan pertama (SMK St Gabriel) dan kelima (SM Tsun Jin). Team aku seri dengan SM Sains Selangor di pusingan kedua dan Sekolah Seri Garden di pusingan ketiga.

Tetapi yang tak bestnya, hanya Top 4 ajer yang naik podium menerima medal dan sijil. Apa kata kesemua Top 6 yang berjaya dan layak ke peringkat negeri diberi medal dan sijil?


Final Ranking

Pasukan catur ASiS 2012 bersama pengurus, Naqi (tidak berjaket) 


Kejohanan Catur Berpasukan Peringkat Negeri MSSWP 

Sewaktu di peringkat negeri, pasukan kami menukar strategi susunan pemain. Sekarang aku bermain di papan kedua, Imran di papan ketiga. Norhadi telah ditukarkan dari papan utama ke papan terakhir. Sementara, Zuhaili berpindah dari papan kedua ke papan utama. Ternyata strategi baru ini membuahkan hasil. 

Jika sewaktu di peringkat Zon aku menang kesemua pusingan tetapi di peringkat negeri aku tewas sekali. Di pusingan pertama, pasukan sekolah aku bertemu dengan Juara zon kami iaitu SMK Seri Bintang Utara. Nasib menyebelahi kami kerana berjaya seri. Zuhaili menang dan Imran telah membuat kejutan kerana berjaya menewaskan Daniel Iskandar.

Di pusingan kedua, team ASiS berjaya menewaskan Sekolah Seri Cempaka dengan mata 3 - 1. Syukur, Norhadi menang dan membantu dengan satu mata yang berharga setelah aku dan Imran berjaya menang ke atas lawan kami. Lawan kami di pusingan ketiga adalah SMK St John. Aku dan Zuhali menang sementara Imran menyumbang 1/2 point yang amat berharga. Di pusingan keempat, ASiS bertemu dengan SMK Kepong Baru. Kemenangan Norhadi amat melegakan setelah aku menang dan Imran seri.

SMK Seri Bintang Selatan adalah lawan pasukan ASiS di pusingan terakhir. Tidak sampai 10 minit, Imran terima tawaran draw lawannya. Dia amat keletihan setelah gamenya habis lewat di pusingan sebelumnya. Malah dia tak sempat nak makan tengahari. Setelah aku menang ke atas Kung Kah Heng (gambar di bawah) dan Zuhaili kalah kepada lawannya, keputusan sekarang masing-masing 1.5. Tinggal game Norhadi yang belum selesai. Memang Norhadi yang terbaeeek kerana berjaya menewaskan lawannya, Lee Liong Pin.Wa caya sama lu Hadi!  

Pusingan kelima menentang Kung Kah Heng

Zuhaili di sebelah kanan aku

Imran di sebelah kiri aku dan Norhadi di sebelahnya

Begitulah cerita fairytale pasukan catur SM Sains Alam Shah yang berjaya membuat kejutan di Kejohanan Catur Berpasukan MSSWP edisi 2012. Sudah pasti ia akan menjadi kenangan terindah buat aku dan rakan -rakan sepasukan yang lain termasuk pengurus pasukan kami Naqi. Siap ada pengurus tu pasukan catur ASiS. Steadylah Naqi, tidak sia-sia menunggu dengan sabar kami bertanding.

Semoga pasukan catur ASiS akan meneruskan kecemerlangan ini di tahun hadapan. Guys, keep practicing!

Final Ranking 

Naib Johan Berpasukan MSSWP 2012

Handsome dan segak tak kami semua? HA HA HA ...

23 April 2012

ASiS Sertai Kejohanan Catur


Sebagai practice bagi pasukan catur ASiS atau SM Sains Alam Shah yang julung-julung kalinya telah berjaya ke kejohanan catur berpasukan peringkat negeri MSSM KL, aku bersama tiga rakan lain - Muhammad Norhadi Mohd Fadzli, Wan Muhammad Imran Wan Ismail dan Che Wan Mohammad Ashraf, telah menyertai kejohanan catur berpasukan Hari Buruh PERCAWI. Selain itu, bersama dua orang team mates aku akan bertanding dalam kategori Individu.

ASiS bermula dengan baik setelah memenangi dua pusingan pertama termasuk ke atas SMK Seri Bintang Selatan. Sasaran aku meleset untuk mendapat ranking yang lebih baik kerana hanya berjaya seri satu dan kalah tiga. Pasukan catur ASiS hanya berjaya memungut 5 Match Points dan 12 1/2 mata. Dengan score sedemikian, pasukan catur ASiS telah mendapat kedudukan ke-17. 

Berikut adalah beberapa keping gambar aku dan rakan2 sepasukan yg lain.

ASiS (kanan) lawan SMK Seri Bintang Selatan


ASiS (kiri) lawan MSSKL Teachers B

Round 2 - ASiS vs SMK SBS

10 March 2012

Doakan Aku Berjaya Dalam NAG 2012

Esok aku akan menyertai kejohanan National Age Group atau NAG yang diadakan di stadium tertutup OCM. Ini adalah penyertaan aku buat kali ke-4 semenjak mula terlibat dengan catur. Tahun lepas aku tidak turut serta.

Aku akan berentap dengan 54 peserta lain yang telah mendaftar setakat ini dalam kategori kumpulan umur (age group) Bawah 16 Tahun Lelaki (U16). Berdasarkan rating kebangsaan, aku adalah pilihan ke-5. Peh, tekanan .. tekanan ..

Nampaknya persaingan di antara Selangor dan KL akan berlaku lagi dalam NAG tahun ini. Aku dan rakan sepasukanku - Roshan, Jun Keat dan Suniil, akan berentap dengan Albert, Jun Feng dan Wei Hao dari KL. Tapi kami bukan bersaing dalam satu pasukan atau team. Ini adalah kejohanan individu. Sudah pasti kami dari Selangor akan bermain bersungguh-sungguh untuk memastikan pemain Selangor akan menjadi juara dalam kategori ini. Roshan yang merupakan juara bertahan sudah pasti akan mempertahankan kejuaraannya.

part 1

part 2
Di bawah ini gambar aku dengan Anis ketika kejohanan NAG edisi tahun 2008 ketika aku masih di sekolah rendah lagi. Masa tu aku bermain dalam kategori Bawah 12 Tahun Lelaki. Nanti aku publishkan gambar terkini aku. Korang bandingkan eh!

gambar klasik aku di NAG 2008

Korang doakan aku agar berjaya menjadi juara ya! Jumpa lagi!

20 February 2012

Bertanding Catur Di Kuala Kangsar


Pada hari Ahad 12 Februari yang lalu aku menyertai Kejohanan Catur Grand Prix Tan Sri Lee Loy Seng ke-3 di Kuala Kangsar. Aku sekeluarga bertolak dari Shah Alam pada pukul 6.30 pagi. Kami tiba di Kuala Kangsar tiga jam selepas itu. 

Setiba di lokasi pertandingan iaitu di SMK Clifford, aku terus menuju ke dewan pertandingan. Risau juga jika pertandingan telah bermula on time seperti dalam jadual pada pukul 9.30 pagi. Rupa-rupanya pertandingan lewat juga seperti kebanyakan kejohanan catur rapid di Malaysia.

Ayah daftarkan aku dalam kategori terbuka, bukan kategori Under 16 (U16). Tidak berapa ramai peserta dalam kategori terbuka. Hanya 47 orang pesaing. Tidak seperti kategori U16 yang disertai adikku, Anis, yang telah menarik minat lebih 170 orang peserta sehingga terpaksa bermain lapan pusingan.



Di pusingan pertama, sebagai seeded ke-7 aku bermain white di papan ke-7 bertemu Mohammad Juraiman. Alhamdulillah, aku menang. Aku juga menang dua pusingan yang berikutnya. 

Di pusingan ke-4, cabaran sebenarku bermula. Aku dipairkan dengan top seed kejohanan iaitu Ahmad Fadzil Nayan. Beliau adalah juara Kejohanan Catur Amatur Asian yang diberi gelaran AM atau Asian Master. Aku bermain buah putih. Aku cuba memberi cabaran sebaik mungkin tapi sayangnya tewas setelah Rook + Rook endgame.

Pusingan ke-4 - lwn Fadzil Nayan

Kemudian di pusingan ke-5, aku dipairkan dengan Gary Tan yang berjaya menewaskan Fong Yit San di pusingan ke-4. Satu keputusan upset aku kira kerana Yit San memiliki rating yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik. Dengan bermain buah hitam, aku berjaya menewaskan Gary.

Pusingan ke-5

Pusingan ke-6

Di pusingan ke-6, lawanku adalah Saiful Azlan yang bermain buah hitam. Sedikit kesilapan dalam pergerakan buahku, aku telah ditewaskan oleh beliau. Aku agak kecewa dengan kekalahan ini. Tetapi aku bangkit semula dengan kemenangan di pusingan terakhir ke atas lawanku yang bernama Salehuddin Shamsuddin.

Pusingan terakhir

Menerima hadiah dari presiden PICA

Tempat KELIMA, mendapat hadiah Seratus Ringgit 

Dengan memungut 5 mata dari 7 pusingan, aku berjaya mendapat tempat KELIMA. Alhamdulillah, aku berjaya memenangi wang tunai seratus ringgit dan 5 mata GP.


Setelah usai pertandingan, aku sekeluarga singgah di Masjid Ubudiah, salah sebuah masjid tercantik di Malaysia, untuk bersolat maghrib. Kemudian, sewaktu dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kami singgah menjamu selera di Kafe Pak Ngah Laksa.

ambik gambar sendiri (self-photographed) he he he ...

di hadapan Masjid Ubudiah yang sangat cantik

sedang menunggu hidangan di Pak Ngah Laksa

Dalam perjalanan, aku dan adik beradikku tidur setelah penat beradu minda di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Negeri Perak. Ia bakal menjadi satu kenangan terindah dalam kembara caturku terutamanya ketika bersolat di Masjid Ubudiah.   

06 January 2012

Back 2 School

Pada 3 hb Januari yang lepas aku mendaftar masuk ke asrama bagi sesi persekolahan tahun 2012. Tahun ini aku dah Form 4. Sesi persekolahan akan bermula pada hari Rabu, 4 hb Januari. 


Tak banyakkan barang2 yang aku bawa ke asrama. Tak macam Anis, adik aku, yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor tu. Punyalah banyak barang dia, semput ayah aku mengangkat barang2nya ke dormnya yang terletak di tingkat tiga. Kalau korang tak percaya, cuba korang check kat sini. Eh, aku pun ada tolong angkatlah, bukan ayah aku sorang ajer.


Ramai yang menunggu giliran untuk mendaftar dan membuat pembayaran duit makan asrama. Tentang bab bayar membayar ni aku serahkan pada ayah aku. Ayah bayar duit makan hanya untuk sepenggal dahulu yang berjumlah RM 375. Sebabnya, aku ada memohon masuk ke SBP. Sorry, aku tak bleh kasik tahu SBP mana. Bila dah berjaya masuk nanti, baru aku kasik tahu. Doakan aku agar berjaya ya! Aku pergi settlekan barang2 aku untuk dibawa naik ke dorm baru aku. Nak tahu aku dapat dorm apa? Aku telah ditempatkan dalam Dorm AL KINDI yang terletak di tingkat paling atas blok A. 


Amacam, kemas tak katil baru aku? Baru best dapat katil bawah. No katil dan locker aku adalah A4/06. Di bawah adalah senarai rakan2 se Dorm aku.


Sekarang aku dah masuk peringkat menengah tinggi. Pelajaran semakin susah. Apatah lagi jika aku belajar di aliran Sains Tulen. Ada subject Add Math, Fizik dan Kimia. Ibu bapa aku dah bagi nasihat supaya belajar lebih rajin. SPM jauh beza dengan PMR kata mereka. Insya ALLAH, aku akan belajar bersungguh-sungguh agar beroleh kejayaan paling cemerlang. Sebagai anak sulung, aku harus memberi contoh terbaik kepada kedua-dua adik aku. 

"YA ALLAH, ENGKAU BUKAKAN LAH PINTU HATIKU DAN LAPANGKAN DADAKU UNTUK MENERIMA ILMU PEMBELAJARAN YANG DIAJAR PARA GURUKU. BERIKAN KEKUATAN MINDA DAN INGATAN YANG KUAT UNTUK MENGINGATI NOTA2 YANG DIBERI. BERIKAN DAKU KEJAYAAN CEMERLANG DALAM SETIAP PEPERIKSAAN DAN SEGALA AKTIVITI PERSEKOLAHAN."  amin ya rabbal alamin

20 December 2011

Kejohanan Catur Junior Kebangsaan - Hari Pertama

Minggu lepas, aku lepak ajer kat rumah. Tiada chess tournament yang aku sertai. Minggu sebelum itu aku sertai Penang Open. Minggu ini aku ambil bahagian dalam Kejohanan Catur Junior Kebangsaan atau ringkasnya National Junior Chess Championship.

Hari ini hari pertama kejohanan. Di pusingan pertama aku bertemu dengan Akmal Zunurain Rizal. Aku menang.

Pusingan pertama

Di sebelah petang aku bermain di meja keempat. Aku merupakan pemain pilihan ke-17. Aku hanya sekadar seri. Aku draw. Jadi mata aku sekarang ialah 1.5/2.

Pusingan kedua
Esok, mengikut pairing yang telah dikeluarkan, aku akan bermain di meja kelima bermain buah putih menentang Roshan. Berjayakan aku menang esok? Korang tunggu ler ya ...

09 December 2011

Peeeeeenantiaaaaan ... Ke Lokasi Partandingan Catur

Hari ini tanggal 9 Disember 2011, Hari Jumaat penghulu segala hari.  Hari ini juga merupakan hari ketiga Kejohanan Catur Terbuka Pulau Pinang yang aku sertai. Enam pusingan telah diharungi, ada lagi tiga pusingan. 

Aku memang tiga dan kalah tiga. Ketiga-tiga kekalahan adalah kepada lawan yang memiliki Elo ratings yang lebih tinggi. Kebetulan juga ketiga-tiga mereka adalah pemain luar negara. Ketiga-tiga kemenangan adalah keatas lawan pemain Malaysia.

Di sebelah pagi, pusingan ketujuh akan berlansung tepat jam 9.00 pagi. Lawan aku telah ketahui malam tadi. Lawanku jauh lebih muda dari aku. Tetapi dia sudah ada title iaitu Fide Master (FM). Elo ratings juga lebih tinggi daripada aku. Hampir 2000, sedangkan Elo ratings aku hampir 1700. 300 jarak perbezaan ratings kami. Harap aku menang untuk improve FIDE ratings aku. 

"GM" Fikri sedang menanti Rapid Bus ke lokasi kejohanan catur Penang Open
Gambar di atas diambil oleh ayah aku. Sebenarnya aku dan family tidak tinggal di hotel, venue kejohanan iaitu di Hotel Tanjung Bunga. Hotel ini bukanlah asing bagiku kerana ia merupakan venue bagi Kejohanan Catur MSSM yang aku sertai dalam bulan Jun yang lepas. Ayahku telah memilih sebuah tavelodge yang bernama Lazyboys Travelodge yang terletak di Batu Ferringgi, kira-kira 10 kilometer dari Tanjung Bunga.