Semalam, 30/10/2016, tamatlah sudah pertandingan catur KARISMA 2016. Edisi tahun ini berlansung di UiTM Machang Kelantan. Ini kali ketiga aku menyertai Catur Karisma - Kali pertama 2014 di UiTM Lendu Melaka dan kali kedua 2015 di UiTM Merbok Kedah.
So, bagaimana prestasi aku?
Keputusan penuh di sini |
Dengan 5.5/8 mata aku berada di kedudukan Kelima. Agak mengecewakan kerana satu-satunya kekalahan aku di Pusingan Ketujuh di Karisma 2016 menyebabkan aku tidak berjaya peroleh pingat kemenangan. Aku menang 4, seri 3 dan tewas satu permainan.
Results game aku - chess-results |
Di Pusingan Ketiga aku bertemu dengan rakan sekolah lamaku ASiS (SMS Alam Shah KL), Wan Muhd Imran. Kami pernah bersama dalam satu pasukan memenangi Pingat Perak acara Berpasukan di Kejohanan Catur peringkat negeri MSS WPKL pada tahun 2012. Memori manis ini telah dirakamkan oleh ayahku dalam laman blog beliau di sini.
Pasukan Catur ASiS 2012 Aku (paling kanan) dan Imran (paling kiri) |
Alhamdulillah, dalam acara Berpasukan Lelaki, pasukanku UiTM Johor berjaya peroleh Pingat Perak. Kami tidak berjaya pertahan Pingat Emas yang kami menangi pada edisi tahun lepas. Pasukanku UiTM Johor ketinggalan 2 mata di belakang pasukan UiTM Shah Alam.
Pemenang Acara Berpasukan Lelaki chess-results |
Keputusan penuh KARISMA 2016 boleh diakses
di http://chess-results.com/tnr245064.aspx?lan=1&art=0&wi=821.
Berikut adalah gambar-gambar pemenang Acara Lelaki Catur KARISMA 2016 dari koleksi Encik Muhammad Arshad, arbitor pertandingan.
Acara Individu
Juara & Pingat Emas - Wan Mohd Azmie (UiTM Shah Alam) |
Pingat Perak - Daniel Iskandar (UiTM Johor) |
Pingat Gangsa 1 - Ali Chor (UiTM Shah Alam) |
Pingat Gangsa 2 - Taruq Ziad (UiTM Kelantan) |
Acara Berpasukan
Juara & Pingat Emas - UiTM Shah Alam |
Pingat Perak - UiTM Johor (paling kiri) aku, Ibnu Fahmi, Muhd Hafiz dan Daniel Iskandar Arid (paling kanan) |
Pingat Gangsa 1 - UiTM Kelantan |
Pingat Gangsa 2 - UiTM Negeri Sembilan |
Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang. Bertemu lagi di CATUR KARISMA edisi akan datang, Insya Allah.