Showing posts with label Kejohanan Catur MSSM. Show all posts
Showing posts with label Kejohanan Catur MSSM. Show all posts

06 April 2017

Kejohanan Catur MSSM 2012 di Kuala Terengganu


Untuk Kejohanan Catur MSSM 2012 di Kuala Terengganu, aku beralih pasukan. Selama dua tahun - Edisi 2010 dan Edisi 2011, aku mewakili pasukan MSS Negeri Selangor. Edisi kali ini aku mewakili pasukan MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kontinjen Catur MSSM KL 2012

Kejohanan Catur MSSM 2012 telah diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu dari 5 hingga 9 hb Jun 2012. Memandangkan aku di Tingkatan 4, aku bermain dalam kategori L18 Berpasukan. Siapa rakan2 sepasukanku? 

Pasukan L18 Berpasukan MSSMKL 2013

Aku bermain di Meja Keempat. Meja Pertama - Eng Chiam, Meja Kedua - Jun Feng  dan Meja Ketiga - Ken Yew. Untuk info, hanya Eng Chiam di Form 5. Jun feng, Ken Yew dan aku di Form 4. 

Di Pusingan Pertama, pasukan kami bertemu pasukan L18 Sarawak di Board 1. Alhamdulillah kami bermula dengan keputusan yang sangat baik dengan menang kesemua Board.

Round 1 L18 Berpasukan

Di Pusingan Kedua, pasukan kami bertemu Pahang. Kami meneruskan kecemerlangan dengan menang 4 - 0. 

Round 2 L18 Berpasukan

Lawan kami di Pusingan Ketiga adalah MSS Pulau Pinang. Alhamdulillah, kami menang 3 -.1. Pasukan berikut yang perlu kami beri perhatian ialah MSS Selangor.

Round 3 L18 Berpasukan

Pasukan L18 MSSM KL akhirnya bertemu dengan pasukan L18 MSS Selangor. Dengan berkat doa coach dan ibu bapa kami, Pasukan MSSM KL L18 berjaya menewaskan MSS Selangor dengan keputusan 3.5 - 0.5. Aku seri dengan lawanku.

Round 4 L18 Berpasukan


Di Pusingan Kelima, pasukan kami bertemu pasukan MSS Johor. Kami berjaya menewaskan pasukan lawan dengan memenangi ke semua game.


Round 5 L18 Berpasukan

Di Pusingan Terakhir, pasukan kami bertemu pasukan MSS Negeri Sabah. Dengan berbekalkan 4 kemenangan, kami menang dengan keputusan 4 - 0.

Round 6 L18 Berpasukan
Final Ranking L18 Berpasukan

Untuk keputusan penuh, sila layari URL -  http://chess-results.com/tnr74867.aspx?lan=1&art=0&wi=821


Keputusan Terperinci Pasukan L18 MSSM KL

Akhirnya dengan izin Allah S.W.T. Pasukan Catur L18 MSSM KL berjaya menjuarai dan memenangi pingat Emas. Ini merupakan satu kejayaan yang sangat manis, kerana kami berjaya menang ke semua enam pusingan. Pasukan kami hanya kurang 1.5 mata dari markah penuh.

Aku dan rakan2 pasukan di atas podium menerima pingat kejuaraan

SYABAS & TAHNIAH Pasukan Catur L18 MSSM KL 2012

Jika tidak kerana polisi hanya seorang pemenang bagi kategori Best Board, sudah pasti Eng Chiam juga akan menang seperti aku, Jun Feng dan Ken Yew. Agak sayang, Eng Chiam terlepas untuk menutup kalendar MSSM nya dengan penuh gilang gemilang.

Aku di Kejohanan Catur MSSM 2012

Aku bersama ayahku, GiLoCatur, dan ibu

Selamat Tinggal Kejohanan Catur MSSM 2012 yang penuh dengan memori terindah. Semoga bertemu di Kejohanan Catur MSSM 2013 di Taiping, Perak.

14 February 2016

Kejohanan Catur MSSM 2013 di Taiping Perak


Kejohanan Catur MSSM 2013 memberikan satu kenangan manis dalam sejarah MSSM aku. Ia diadakan dari 25 hingga 29 hb Mac 2013 di Hotel Taiping Perdana. Aku bermain dalam kategori L18 Berpasukan. Siapa rakan2 sepasukanku? 

Pasukan L18 Berpasukan MSSMKL 2013

Aku bermain di Meja Ketiga. Meja Pertama - Jun Feng, Meja Kedua - Ken Yew  dan Meja Keempat - Albert Ang Keliang. Untuk info, kami semua sebaya di Form 5. 

Di Pusingan Pertama, pasukan kami bertemu pasukan L18 Kelantan di Board 1. Alhamdulillah kami bermula dengan keputusan yang sangat baik dengan menang kesemua Board. Pasukan saingan MSSMKL iaitu MSS Selangor dan MSS Pulau Pinang mendapat saingan hebat dari pasukan lawan mereka. 

Round 1 L18 Berpasukan
Di Pusingan Kedua, pasukan kami bertemu Johor. Kami hanya menang tipis dengan keputusan 2.5 - 1.5. Aku seri dengan lawanku.

Keputusan Round 2

Lawan kami di Pusingan Ketiga adalah MSS Selangor. Alhamdulillah, kami menang 3.5 -.05. Pasukan berikut yang perlu kami beri perhatian ialah MSS Pulau Pinang. 

Keputusan Round 3
Dengan berkat doa coach dan ibu bapa kami, Pasukan MSSM KL L18 berjaya menewaskan MSS Pulau Pinang dengan keputusan 4 - 0. Ini bermakna kami menang kesemua game.  

Keputusan Round 4
Kami bertemu MSS Sabah di Pusingan Kelima. Pasukan L18 MSS KL setakat Pusingan Keempat masih unggul menerajui di hadapan dengan mata Match Point penuh. MSS Sabah adalah lawan kami di Pusingan Kelima. Walaupun buah menang, tetapi aku hanya mendapat keputusan seri dengan lawanku.


Keputusan Round 5
Di Pusingan Terakhir, pasukan kami bertemu pasukan MSS Negeri Sembilan. Dengan berbekalkan 2 kemenangan dan dua seri, kami menang dengan keputusan 3 - 1.

Keputusan Round 6

Akhirnya dengan izin Allah S.W.T. Pasukan MSS KL L18 berjaya memenangi pingat Emas. Ini merupakan satu kejayaan yang sangat manis, mengulangi kejayaan di Kejohanan Catur MSSM 2012 di Kuala Terengganu.

Final Ranking L18 Berpasukan
Dengan berakhirnya, Kejohanan Catur MSSM 2013 maka berakhirlah kembara caturku di MSSM. Bermain dalam empat edisi dari 2010 hingga 2013. Dua edisi mewakili kontinjen catur MSS Selangor dan dua edisi terakhir mewakili kontinjen catur MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

- Edisi 2010 di Kangar, Perlis (Tempat ke 9 L15 Individu)
- Edisi 2011 di Pulau Pinang (Pingat Perak L15 Berpasukan)
- Edisi 2012 di Kuala Terengganu, Terengganu (Pingat Emas L18 Berpasukan)
- Edisi 2013 di Taiping, Perak (Pingat Emas L18 Berpasukan)
 

Pasukan L18 MSS KL bersama PT Cikgu Suhairi

01 June 2011

Kejohanan Catur MSSM 2011 (Pairing Pusingan Kedua) - Berpasukan L15

pairing pusingan kedua
Di pusingan kedua, Fikri dan pasukannya akan menentang pasukan Negeri Kelantan di meja kedua. Siapakah lawan Fikri di papan pertama? Jawapannya ialah Wan Muhamad Amirul.  

Kejohanan Catur MSSM 2011 (Hari Pertama) - Berpasukan L15


Bagi edisi 2011, Fikri bermain dalam kategori berpasukan L15 mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Catur MSSM yang sedang berlansung di Hotel Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Tiga lagi rakan pasukannya yang lain adalah Muhammad Irfan Haqqim, Low Jun Keat dan Sunil Kalivanan. Pasukan mereka adalah pilihan kedua berdasarkan keputusan tahun lepas. Fikri bermain dalam kategori L15 individu tahun lepas. 

Di pusingan pertama semalam (Selasa), Fikri dan rakan-rakannya berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan mata 4 - 0. Satu permulaan yang baik. Saingan utama pasukan L15 Selangor adalah Pulau Pinang sebagai pilihan utama dan Wilayah Persekutuan.