28 October 2015

KARISMA 2015 - Selepas Pusingan Ke 4


Selasa, 27/10/2015

Pusingan keempat telah selesai petang tadi. Tinggal dua hari lagi untuk pertandingan sukan catur. So, bagaimana prestasi aku dan rakan sepasukan UiTM Johor? 

Mari kita tengok ya ..

Pasukan Lelaki

Rank Top 10 selepas pusingan keempat

Keputusan mata pasukan Lelaki UiTM Johor

Nampaknya Daniel sangat cemerlang dengan memenangi keempat-empat pusingan. Beliau sedang mendahului senarai peserta. Esok pagi di pusingan kelima, Daniel akan bertemu dengan pemain dari UiTM Shah Alam di meja pertama.

Aku pula berjaya menang 2 dan seri 2. Ini bermakna aku memperoleh 3/4 mata. Aku berada di tangga kelapan setakat ini. Esok aku akan bermain buah hitam di meja kedua menentang pemain dari UiTM Perlis.

Sementara team mate aku, Fahmi dan Hafiz masing-masing berjaya mengumpul dua dan satu setengah mata. Hari ini Fahmi bangkit dari dua kekalahan semalam dengan menang kedua-dua pusingan. Manakala Hafiz berjaya memperoleh satu mata semalam dan setengah mata pada hari ini.

Harap-harap aku dan ketiga-tiga rakan pasukan aku yang lain berjaya mengumpul mata semaksimum yang boleh untuk terus mendahului pasukan2 yang lain.

Rank Top 10 selepas pusingan keempat

Keputusan mata pasukan Perempuan UiTM Johor

Pasukan Perempuan

Bagi pasukan perempuan pula, satu keputusan cemerlang telah berlaku di pusingan keempat apabila Nuraina Syamimi telah berjaya menewaskan pemain pilihan kedua dari UiTM Perak. Ini bermakna, Syamimi berkongsi tempat pertama dengan pemain dari UiTM Puncak Alam dengan mata penuh iaitu 4/4. 

Selain Syamimi, Nurul Ain Najla berjaya menang kedua-dua permainan pada hari ini, Dengan satu kemenangan semalam, beliau setakat ini telah mengumpul tiga mata. Beliau tersenarai dalam ranking Top 10. Manakala Aida Athirah dan Nur Annis pula masing-masing berjaya mengumpul dua dan setengah mata. 

Daniel berkaca mata di pusingan ketiga
foto : KedaiCatur.com fb

Aku nampak macam boring jer kan .. he he he
foto : KedaiCatur.com fb


Ayuh rakan2 sepasukanku semua. Kita tewaskan lawan kita esok. Hanya tinggal dua hari pertandingan sahaja lagi. Semoga pasukan catur UiTM Johor berjaya dengan cemerlang di KARISMA 2015.

No comments:

Post a Comment