26 October 2015

KARISMA 2015 di UiTM Kedah


Sem ni last exam aku pada hari Selasa 20/10/2015. Kemudian aku lepak kat hostel sehingga hari Jumaat 23/10/2015. Apsal aku tak balik, ek? Aku tak balik rumah sebab aku dan pasukan catur UiTM Johor akan gerak ke Sungai Petani, Kedah pada hari Jumaat. 

Aku dan geng akan bertanding di KARISMA Edisi ke 22 di UiTM Kedah yang terletak di Merbok, Sungai Petani. Ini penyertaan aku kali kedua. Tahun lepas Karisma di Alor Gajah, Melaka.

Perasmian KARISMA 2015 akan diadakan pada hari Ahad. Esoknya baru aku start bertanding untuk selama empat hari dari 26 hungga 29/10/2015.

Team Catur UiTM  Johor 2015

Berikut adalah team mates aku dalam pasukan catur UiTM Johor 2015.

Team Lelaki
Daniel Iskandar Arif Noor Akhbar
Fikri Saleh 
Ibnu Fahmi Ibnu Hajar
Muhd Hafiz KamarunNiza 


Team Perempuan
Aida Athirah Abdul Wahid
Nor Annis Mohd Iskandar Yong
Nuraina Syamimi Nazri
Nurul Ain Najla Kamarulnizam


Nak tahu results, sila ke link berikut:

Acara Lelaki : http://chess-results.com/tnr192495.aspx?lan=1

Acara Perempuan : http://chess-results.com/tnr192494.aspx?lan=1

Doakan aku dan team mates berjaya dengan cemerlang. Harap kami menang pingat emas.

No comments:

Post a Comment