16 December 2010

Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 (Bhg 4)


Hari kedua NJCC atau Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 membuahkan keputusan yang tidak memberansangkan bagi Fikri. Dia tewas kedua-dua gamenya. Di sebelah pagi, Fikri tewas ditangan Syakir di meja #5 bermain buah putih. Di sebelah petang pula, dia kalah kepada Gabriel Soong yang bermain buah putih di meja #10. Esok pagi di pusingan ke 5, Fikri akan bertemu Shawn di meja #13.

pairings pusingan ke 5 - remaja lelaki

Setakat pusingan keempat hari ini, Mark Siew mengetuai saingan dengan memungut mata penuh 4/4. Di pusingan ketiga, Mark menewaskan Faizal Roslan dan di pusingan keempat beliau mengalahkan Jun Feng. Cabaran Mark di pusingan ke 5 adalah Zhou Ren yang berada ditempat kedua dengan 3.5/4 mat. Ada enam pemain lain yang juga memungut mata yang sama, tetapi hanya Nabil yang bukan sahaja berkongsi mata yang sama tetapi ketiga-tiga tie-break. Mampukah Mark meneruskan kemenangan beliau? Kita tunggu dan lihat esok.

pairings pusingan ke 5 - remaja perempuan

Anis Fariha, adik Fikri, hanya mampu menang satu permainan sahaja pada hari ini. Di sebelah pagi, Anis tidak berjaya untuk menewaskan Kaiyisah, pemain catur MSS Kuala Lumpur. Kemenangan yang diperolehi Anis adalah keatas Wei Ting, adik Li Ting yang baru berusia 10 tahun. Esok pagi, Anis bakal berhadapan dengan Puteri Munajjah yang juga dikenali sebagai Eja, rakan sepasukan MSS Selangor P12 beliau selama dua tahun berturut-turut.

Bagi kategori remaja perempuan pula, Li Ting sedang berada di hadapan dengan pungutan mata sempurna 4/4. Hari ini, beliau berjaya menewaskan Camelia dan Latifah Kaiyisah. Li Ting akan dicabar oleh WFM Alia, top seed, esok pagi dalam pusingan ke 5. Sementara Nabila, yang mempunyai mata sama dengan Alia, akan ditentang oleh Pavitranayagi.

No comments:

Post a Comment