Sebelum subuh lagi aku dan Anis dikejutkan bangun pagi hari ini. Untuk apa aku bangun pagi sapi'e hari ini? Aku dan Anis menyertai Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan atau dalam bahasa Inggerisnya National Junior Chess Championship (NJCC). Lebih kurang dua bulan aku tidak menyertai sebarang kejohanan catur sebab ibubapaku pergi menunaikan Haji pada tahun ini. So, nervous jugak aku sebab sudah lama tak main chess ...
Kejohanan catur tersebut akan berlansung selama lima hari bermula hari ini, 15 Disember, dan berakhir pada hari Ahad, 19 Disember. Bagi kejohanan ini, kesemua peserta termasuk aku akan bermain sebanyak 9 pusingan. Berapa mata yang bakal aku perolehi? Kita tunggu sehingga hujung minggu ini he he he ...
muka surat 1
Aku telah didaftarkan bertanding dalam kategori remaja lelaki. Berapa ramai peserta atau pemain catur yang perlu aku tewaskan supaya aku dapat menjadi juara dan dianugerahkan gelaran NJM atau National Junior Master? Sila rujuk senarai peserta di atas. Nak tahu aku seeding ke berapa? Sila tengok muka surat 2, no 48. Ya, jangan pelik nama aku ditulis "SALEH FIKRI". Terbalik tu kan ... Memandangkan kejohanan ini bertaraf Fide-rated, nama terbalik adalah kerana surname di hadapan mengikut nama mat salleh. Aku disenaraikan seeded ke 13 dengan FIDE rating 1701 dan National rating 1564. Siapa top seed? Pemain yang usianya lebih muda daripada aku. Beliau merupakan rakan sekontinjen MSS aku dan juara MSSM Bawah 12 Lelaki tahun 2010. Namanya Yeoh Li Tian.
No comments:
Post a Comment