29 December 2010

Malaysia Memenangi Piala AFF Suzuki Cup 2010!

Barisan pemain muda kebangsaan.


Pemain Malaysia meraikan kejayaan besama-sama selepas tamat perlawanan.


Akhirnya Piala Suzuki Cup 2010 jatuh juga ditangan Malaysia.Biarpun kalah 2-1 dalam perlawanan tadi,namun Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menang menerusi agregat 4-2.Dalam perlawanan tadi, Malaysia yang telah berjaya memperoleh kelebihan 3 gol di Bukit Jalil Ahad lepas lebih banyak bertahan dengan sesekali melakukan serangan balas pantas ke gawang Indonesia.Indonesia hampir memperolehi satu gol menerusi sepakan penalti Firman Utina tetapi Khairul Fahmi Che Mat berjaya meneka dengan tepat tendakan kapten Indonesia itu.
Penjaring terbanyak sepanjang kejohanan berlangsung.

Pada babak kedua,Safee Sali selaku penjaring terbanyak kejohanan itu menghasilkan satu gol pada minit ke 53 hasil lorongan cantik daripada Ashaari Shamsuddin.Kemudian,Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 72 oleh Nasuha.

Nasuha menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan tadi.

Indonesia mendahului 2-1 pada minit ke 87 hasil jaringan Ridwan yang cantik dan terkena Muslim Ahmad menyebabkan ongoal sekaligus kemenangan buat Indonesia 100% di tempat sendiri.Tamat perlawan,Malaysia menjuarai Piala Suzuki Cup 2010(AFF).Tahniah,tahniah Malaysia juara Piala Suzuki Cup 2010(AFF).Tahniah sekali lagi diucapkan!!

16 December 2010

Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 (Bhg 4)


Hari kedua NJCC atau Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 membuahkan keputusan yang tidak memberansangkan bagi Fikri. Dia tewas kedua-dua gamenya. Di sebelah pagi, Fikri tewas ditangan Syakir di meja #5 bermain buah putih. Di sebelah petang pula, dia kalah kepada Gabriel Soong yang bermain buah putih di meja #10. Esok pagi di pusingan ke 5, Fikri akan bertemu Shawn di meja #13.

pairings pusingan ke 5 - remaja lelaki

Setakat pusingan keempat hari ini, Mark Siew mengetuai saingan dengan memungut mata penuh 4/4. Di pusingan ketiga, Mark menewaskan Faizal Roslan dan di pusingan keempat beliau mengalahkan Jun Feng. Cabaran Mark di pusingan ke 5 adalah Zhou Ren yang berada ditempat kedua dengan 3.5/4 mat. Ada enam pemain lain yang juga memungut mata yang sama, tetapi hanya Nabil yang bukan sahaja berkongsi mata yang sama tetapi ketiga-tiga tie-break. Mampukah Mark meneruskan kemenangan beliau? Kita tunggu dan lihat esok.

pairings pusingan ke 5 - remaja perempuan

Anis Fariha, adik Fikri, hanya mampu menang satu permainan sahaja pada hari ini. Di sebelah pagi, Anis tidak berjaya untuk menewaskan Kaiyisah, pemain catur MSS Kuala Lumpur. Kemenangan yang diperolehi Anis adalah keatas Wei Ting, adik Li Ting yang baru berusia 10 tahun. Esok pagi, Anis bakal berhadapan dengan Puteri Munajjah yang juga dikenali sebagai Eja, rakan sepasukan MSS Selangor P12 beliau selama dua tahun berturut-turut.

Bagi kategori remaja perempuan pula, Li Ting sedang berada di hadapan dengan pungutan mata sempurna 4/4. Hari ini, beliau berjaya menewaskan Camelia dan Latifah Kaiyisah. Li Ting akan dicabar oleh WFM Alia, top seed, esok pagi dalam pusingan ke 5. Sementara Nabila, yang mempunyai mata sama dengan Alia, akan ditentang oleh Pavitranayagi.

Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 (Bhg 3)

Opponentku di pusingan pertama, Bausch Koh Sian Kuan


Anis (bertudung hitam) bertemu Poon Yuit Ling di pusingan pertama


Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 (Bhg 2)


Berikut adalah pairing bagi pusingan pertama NJCC.

kategori remaja lelaki


kategori remaja perempuan


Nak tahu siapa lawan aku dalam pusingan pertama? Opponent aku ialah Koh Sian Kuan. Aku bermain buah putih sementara opponentku buah hitam. Alhamdulillah, aku menang.

Siapa pula lawan Anis dalam pusingan pertama? Seperti tertera dalam pairing di atas, Anis bermain buah hitam menentang Poon Yuit Ling. Anis juga menang.

Satu permulaan yang baik bagi kami.

Kejohanan Catur Remaja Malaysia ke 3 (Bhg 1)


Sebelum subuh lagi aku dan Anis dikejutkan bangun pagi hari ini. Untuk apa aku bangun pagi sapi'e hari ini? Aku dan Anis menyertai Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan atau dalam bahasa Inggerisnya National Junior Chess Championship (NJCC). Lebih kurang dua bulan aku tidak menyertai sebarang kejohanan catur sebab ibubapaku pergi menunaikan Haji pada tahun ini. So, nervous jugak aku sebab sudah lama tak main chess ...

Kejohanan catur tersebut akan berlansung selama lima hari bermula hari ini, 15 Disember, dan berakhir pada hari Ahad, 19 Disember. Bagi kejohanan ini, kesemua peserta termasuk aku akan bermain sebanyak 9 pusingan. Berapa mata yang bakal aku perolehi? Kita tunggu sehingga hujung minggu ini he he he ...

muka surat 1

muka surat 2

Aku telah didaftarkan bertanding dalam kategori remaja lelaki. Berapa ramai peserta atau pemain catur yang perlu aku tewaskan supaya aku dapat menjadi juara dan dianugerahkan gelaran NJM atau National Junior Master? Sila rujuk senarai peserta di atas. Nak tahu aku seeding ke berapa? Sila tengok muka surat 2, no 48. Ya, jangan pelik nama aku ditulis "SALEH FIKRI". Terbalik tu kan ... Memandangkan kejohanan ini bertaraf Fide-rated, nama terbalik adalah kerana surname di hadapan mengikut nama mat salleh. Aku disenaraikan seeded ke 13 dengan FIDE rating 1701 dan National rating 1564. Siapa top seed? Pemain yang usianya lebih muda daripada aku. Beliau merupakan rakan sekontinjen MSS aku dan juara MSSM Bawah 12 Lelaki tahun 2010. Namanya Yeoh Li Tian.

Senarai pemain catur remaja perempuan

Adik aku Anis Fariha bertanding dalam kategori remaja perempuan. Beliau dan 32 peserta lain akan merebut gelaran National Junior Woman Master atau NJWM. Dengan rating kebangsaan 1338, Anis tersenarai sebagai seeded ke 16.