29 July 2010

Kucing2 Siam Belaan Keluargaku


Korang nak tahu tak? Di rumah aku ada banyak kucing siam. Keluarga aku mula membela kucing siamWe began defense of Siamese cats in the vicinity of the end of 2007 or early 2008 (I am not sure how, according to my father that I was ...), before moving to Bukit Jelutong. Previously we lived in an apartment in TTDI Jaya, not far from Bukit Jelutong. Roughly three years I have completed and the family lived in Bukit Jelutong.

Beginning of the story of Siamese cats to defend life, my mother has given a mother cat called Lily and her two new pieces a few months old. Cute and Annie their name. But when moved to Bukit Jelutong, only a mother cat and Cute because Annie has been missing in TTDI Jaya. Not long after her cat disappeared and will not want to live in our house. The Cute and the mother was let free and confined.

BB or Boboy, "the big boss in the house"


Manja, "the young cat mom"


Cute, had been given birth, and have many children who have died. Not easy to defend the Siamese cat is. They are more prone to disease. What happens if Cute frequent switch-move their children. Cute children die all the first generation. His sons from the second generation, only a BB or Boboy animal. Two die when small pieces while Brownie has disappeared from home nearly a year it seems. Brownie and BB is a male cat. BB even miss independent, she would always come home.

Si Putih, hilang tanpa dapat dikesan setelah terlepas keluar


Binky, will take turns, alternately, with other siblings (Dinky & Blackie) and Pumpkin, released from the cage


Blackie (kiri) bersama ibunya, Si Comel


Cute child, then four more pieces. A die when small. Living three pieces called - Grey or called Pumpkin only, White and valuable. Unfortunately, The White also had disappeared after one day missed. He never returned direct missed since the free, unlike regular Brownie went home before the missing continues.

Seterusnya Comel beranak empat ekor lagi. Mati seekor, tinggal tiga. Dinky, Binky and Blackie or called Black by my father. Blackie is just a female cat. Finally, the four tail Cute child. A further three remaining dead.

Binky Jr.


Dinky Jr.

Blackie Jr.

Comel tak mereka?

Di bawah adalah gambar-gambar anak Si Manja. Mereka merupakan generasi kedua. Anak Manja generasi pertama dahulu kesemuanya mati ketika masih kecil. Anak-anak Manja seperti gambar di bawah dilahirkan kira-kira sebulan yang lalu. Dua dah mati, sekarang hanya tinggal tiga ekor lagi. Yang terakhir mati ketika aku dan keluarga pulang ke kampung hujung minggu lepas.


5 ekor anak Manja yang lahir kira-kira sebulan lalu


Anak-anak kucing tersebut setelah berumur hampir sebulan


So, ada berapa ekor kucing siam keluarga aku ada setakat hari ini? Comel, BB, Brownie, Manja, Dinky, Binky, Blackie, tiga ekor Juniors, dan tiga ekor anak kucing yang belum bernama. TIGA BELAS ekor kesemuanya.

28 July 2010

Aktiviti CATUR di Hujung Minggu 24 Dan 25 Julai 2010


Pada hujung minggu lepas, aku dan keluarga balik ke kampung di Sungai Besar. Ayah megambil aku dari asrama selepas solat Jumaat sebab dia ada meeting di pejabat yang mungkin akan habis lewat. Pada petang Jumaat tersebut, ayah tiba di rumah selepas waktu maghrib. Ayah singgah di kedai Veterinari (betul ke ni? ha ha ha) untuk membeli makanan dan pasir untuk kucing2 kami. Setelah settle sediakan makanan, minuman dan membersihkan kandang kucing seperti selalu yang ayah aku buat bila meninggalkan rumah, kami segera untuk pulang ke kampung. Lebih kurang pukul 9.00 malam kami memulakan perjalanan. Perut aku sudah berkeroncong sebab belum makan lagi. Kami singgah makan di sebuah restoran di jalan besar Kepong - Kuala Selangor (aku tak sure apa nama tempatnya) sebelum meneruskan perjalanan. Apa lagi selepas perut dah kenyang, aku dan kedua-dua adikku - Anis dan Fahim, pun tidur dalam kereta.

Hari Sabtu, 24/7/2010

Aku hentam tidur secukup-cukupnya di rumah atok aku di Simpang Lima. Sampai ke tengahari aku belasah tidur. Biasalah beb, kat asrama mana cukup tidur. Tidur lewat, bangun awal. Ibu dan ayah aku sibuk dengan hal mereka dengan urusan kebun sawit.

Di sebelah petang, kami sekeluarga pergi ke pekan Sungai Besar. Ibu aku dan Anis pergi salon gunting rambut. Aku dah Fahim menemani ayah ke kedai gunting. Ayah tak gunting rambut tapi cukur janggut. Nak tahu aku beli apa kat pekan Sungai Besar? Beli seluar jeans dan tali pinggang sekolah. Sempat juga aku melihat kebun sawit ibu dan ayah ku kerana mereka nak pantau pokok-pokok sawit yang disulam. Nak tahu lebih lanjut, klik di sini. Eh, korang jangan tak percaya, aku pernah tolong membaja pokok-pokok sawit di kebun tersebut sebelum ini. Kena belajar jadi budak kampung jugak kan, bila sekali-sekali balik ke kampung. Setelah settle urusan di kebun sawit, kami menyambung kembali aktiviti shopping di pekan Sungai Besar. Hampir jam 9 malam gak kami sampai di rumah atok aku. Dengan bersegera ibu aku menghidangkan makanan kerana kami masing-masing sudah kelaparan terutamanya aku he he he ...

Selepas makan, aku lepak-lepak tengok tv dan kemudian tidur awal. Sebab esok aku akan menyertai Kejohanan Catur Perak GP di Teluk Intan. Dah tempat pertandingan dekat dengan kampung, bolehlah join. Menurut ayah aku tempat pertandingan tersebut lebih kurang 40 kilometer dari rumah atok aku di Simpang Lima.


Menara condong Teluk Intan

Tak sempat aku nak melawat-lawat ke menara di atas sebab hujan lebat di sebelah petang. Kami terus balik ke rumah atok aku sesudah sesi penyampaian hadiah.


Hari Ahad, 25/7/2010

Pepagi lagi aku adik beradik dikejutkan sebab pagi ini kami akan ke SMK St Anthony di Teluk Intan untuk menyertai Kejohanan Catur GP Perak. Rasanya tak ramai pemain dari luar negeri Perak yang akan turut serta. Jauh juga perjalanan ke Teluk Intan. Kalau tak silap, lebih gak 100 kilometer dari Lembah Kelang. Kalau dari Pulau Pinang, mahu 2, 3 kali ganda. Lagi pun kat Perlis ada juga tournament weekend tersebut. Satu lagi tournament berlansung di Sek Men Methodist (L) di Kuala Lumpur, tapi age group tak ada kategori untuk orang dewasa.

Kami bertolak kira-kira jam 8.10 pagi dari rumah atok aku. Nasib baik tak banyak kenderaan di jalan, jadi cepatlah sampai ke tempat pertandingan. Kami tiba lebih kurang jam 9.00 pagi. Ayah aku pergi settlekan yuran pertandingan. Ayah aku kena bayar RM35 - RM15 untuk aku dan RM 10 masing-masing untuk Fahim dan Anis. Oh ya, Anis nak pulak participate kali ini.



Rupa-rupanya Syakir dan adik2nya pun turut serta dalam Kejohanan Catur GP Perak. Mereka bertolak jam 5 pagi dari rumah. Memang betul tekaan ayah aku semalam. Sebenarnya, sekolah Syakir di Kuala Selangor tidaklah jauh sangat dari Pekan Teluk Intan. Kira-kira 1 ke 1 1/2 jam pemanduan bergantung kenderaan di jalan. Lama gak kami menunggu pertandingan untuk bermula. Ada gaklah dua jam.

Lawan aku di pusingan pertama

Dalam kejohanan ini, aku ranking nombor 16 dari sejumlah 59 orang peserta. Lawan aku di pusingan pertama ialah Muhd Danish Bahari. Aku menang. Bukan aku sahaja bermain buah putih di pusingan pertama, Anis dan Fahim juga. Anis bertemu kakak dari UPSI (kalau tak silap) di meja #20. Anis menang. Sementara Fahim bermain menentang pemain kuat Ahmad Fadzil Nayan, yang baru sahaja memenangi tempat kedua bersama-sama Zarul Shafik dan Syazwan di Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Perlis sehari sebelumnya. Fahim buat gempaq tu, sacrifice buah. Kalau dia boleh main macam dia lawan Fadzil tu, memang dia boleh selalu menang. Tapi bukan mudah untuk menewaskan Fadzil. Aku pun belum tentu menang dengan dia.

Di pusingan kedua, Anis dan Fahim bertukar-tukar lawan pula. Anis bertemu Fadzil di meja #5 bermain buah hitam sementara Fahim menentang Noraini Mat Salleh di meja #26. Aku pulak? Aku di meja #15 menentang Syamizar Lup. Kami semuanya tewas di tangan lawan masing-masing. Kalau tengok senarai ranking, lawan aku not rated dan seeded nombor 57. Tetapi menurut kata ayah aku, lawan aku tu ada rating iaitu 1515. Cuma mungkin dek kesilapan ejaan namanya, ratingnya tidak dijumpai. Seterusnya, lawan aku tersebut menang ke atas NWM Fong Mi Yen di pusingan ketiga. Jadi, aku tidaklah ralat sangat kalah kepada beliau.


Pusingan ketiga menentang Fairul Azman (baju hitam, kiri)

Di pusingan ketiga :

Aku di meja #9 melawan Fairul Azman bermain buah putih.
Anis di meja #13 menentang Juyana Bt Ghazak, kakak dari UPSI juga rasanya.
Fahim di meja #27 bertemu dengan Muhammad Irfan Syahmi.

Hanya Fahim kalah di pusingan ini.

Kemudian waktu rehat. Memandangkan aku sudah makan sebelum pusingan ketiga, aku hanya lepak-lepak di dalam dewan. Setakat ini, aku dan Anis memperoleh 2 mata dari 3 mata penuh sementara Fahim belum dapat sebarang mata. Ayah aku terpaksa memujuk Fahim supaya bermain lebih bersemangat. Akhirnya, dia menang ketiga-tiga pusingan berikutnya. Cuma sayang sekali dia kalah di pusingan terakhir. Jadi Fahim mendapat 3/7 mata di kejohanan ini.


Di pusingan kelima, bertemu pakcik Noorahim Abdullah


Di sebelah petang, aku hanya tewas sekali dari empat pusingan iaitu di pusingan keenam kepada Ahmad Kamal Bin Rustam Affendi. Kemenangan aku pula adalah ke atas Nurul Atikah (pusingan ke 4), pakcik Noorahim Abdullah (pusigan ke 5) dan Zubir Othman (pusingan ke 7).

Sementara Anis pula kalah di pusingan ke 4 dan ke 5 kepada Shahanas Bin Kamal dan Johan Mohd Jamil. Anis berjaya memenangi dua pusingan terakhir iaitu ke 6 dan ke 7. Di pusingan ke 6, Anis kalahkan Muhammad Irfan Syahmi dengan bermain buah hitam. Di pusingan ke 7 pula, Anis berjaya menewaskan Gilbert H'ng Yun Huang dengan buah putih di meja #13.

Bertemu Zubir Othman di pusingan terakhir


Aku sedang terima hadiah dari wakil penaja


Dengan 5 kemenangan dan 2 kekalahan, aku berjaya mengumpul 5/7 mata bersama enam peserta lain. Aku berada di kedudukan ke 11. Aku mendapat tempat kedua bagi kategori Lelaki U16 dan memenangi RM80 + medal + sijil. Sementara Anis pula berjaya mendapat 4/7 mata setelah menang empat dan tewas tiga permainan. Dia mendapat ranking ke 24. Anis dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Perempuan U16 yang membawa pulang RM40 + medal + sijil.

Fahim pula melompat kegembiraan kerana berjaya naik ke pentas menerima hadiah. Dengan 3 mata dan ranking ke 40, dia berjaya mendapat tempat Ketiga bagi kategori Lelaki U12. Fahim menang RM30 + medal + sijil.

Sila klik di pautan berikut untuk melihat pairings secara terperinci:




Semua pemenang bergambar kenang-kenangan bersama wakil dari penaja dan penganjur. Untuk mengetahu senarai terperinci pemenang2 dan final ranking, sila klik pautan ini.


Next. kejohanan mana pula aku akan bertanding? Jika tiada aral melintang, Kejohanan Catur Cerdik Cabaran Terbuka di Seksyen 7 pada 8 Ogos 2010. Jumpa anda di sana!