Bagi menghilangkan kepenatan dan kekecewaan selepas menyertai kejohanan catur National Age Group (NAG) edisi 2010 di Dewan Sri Pinang keluarga GiLoCatur membuat lawatan ke beberapa tempat menarik di Pulau Pinang (PP) pada 17 Mac. Ini bermakna ketika kebanyakan keluarga catur telah meninggalkan PP, aku dan family stay satu hari lagi.
We all telah pergi ke tempat-tempat berikut sebagai aktiviti Cuti-Cuti Malaysia. Takkan tak ada jalan-jalan beb, takkan asyik nat main catur aje. At least kena ronda-rondalah bila dah sampai PP walaupun sebenarnya kami sudah bercuti several times di PP sebelum ini.
Nak tahu aku gi mana?
- Padang Kota Lama
- Muzium Negeri
- Snake Temple
- Naik Feri
- Stesen Bas Seberang Perai
- Restoran Nasi Kandar
Bukan senang nak bergambar di hadapan menara jam yang bersejarah waktu tengah panas menyilau.
Aku dan adik2 di hadapan menara jam yang bersejarah.
Aku pun kurang pasti apa nama menara jam atau clocktower tersebut. Ayah aku cakap, menara jam tersebut dibina sebagai satu sambutan Queen Britain oleh seorang saudagar Cina yang kaya. Aku rasa, link berikut ni, ada info tentang menara jam ini. Kalau salah sorrylah Bai, "saya budak baru belajar".
Bergambar di hadapan "Fort Cornwallis", salah satu tempat bersejarah di sekitar Padang Kota Lama. Tapi aku tak meninjau / melawat masuk.
Lelaki-lelaki dalam keluarga GiLoCatur berposing berlatar belakangkan laut yang mendamaikan walaupun cuaca panas terik.
Tak salah aku, tempat kami bergambar ni adalah salah satu gerabak keretapi.
Dalam Muzium Pulau Pinang. Kopitiam zaman sebelum aku lahir. Zaman ibubapaku sewaktu kecil.
Di hadapan "The Snake Farm" bersebelahan Snake Temple bersama ibu dan adikku, Fahim.
Bersama Mr Teoh, salah seorang pekerja di Snake Farm, yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bab-bab ular ni. Banyak info dan cerita yang aku dapat daripadanya sewaktu lawatan tersebut. Dia nasihat aku supaya jangan terlibat seperti beliau kerana risiko yang tinggi. TQ, Mr Teoh!
Ular Sawa tengah berlengkar di dalam kandangnya. Panjang ular tu Bai! Mr Teoh cakap ular selalu tidur di siang hari untuk simpan tenaga.
Ada berani macam Mr Chew ni Bai? Siap cium ular sawa albino. Sebenarnya ular sawa albino ni kebanyakannya dibela, bukan dari hutan ditangkap. Itu sebab ular2 ni jinak dan biasa dicium begitu. Tapi walau dibela pun aku tak berani nak wat cam dia. Hilang akal ko!
By the way, terima kasih banyak lah Mr Chew, tuan punya Snake Farm tersebut, sebab beri penerangan panjang lebar dan info berguna kepada aku dan adik2. Mr Chew ni fasih berbahasa Melayu, kalau korang nak tahu. Di antara info berguna yang dia beritahu ialah pasal "darah panas" dan "darah sejuk". Aku recommend korang semua kalau gi Pulau Pinang, pergilah melawat ke Snake Farm beliau. Tak rugi beb! Mr Chew educates us about reptiles especially the snake.
Kalu korang nak tahu lebih lanjut pasal Snake Farm ni, check link berikut :
Dari Snake Farm, kami sekeluarga bergerak kembali ke Georgetown. Kami dah on the way nak balik ke Shah Alam. Encik GiLoCatur, ayah aku, bawa naik feri untuk menyeberang ke mainland. Syok gak naik feri ni. Ditiup angin sepoi2 laut ketika melepak kat luar kereta. Rugilah kalau naik feri duduk dalam kereta. Bukannya lama sangat pun, tak sampai setengah jam.
Sampai di seberang, kami terus singgah di Stesen Bas Seberang Perai (betul kot namanya he he). Bukannya apa, nak beli jeruk2 dan buah pala yang cukup sinonim dengan Pulau Pinang ni. Aku bukannya suka sangat makan pun. Parents aku jer yang suka dan nak beli sebagai buah tangan buat keluarga, sahabat handai dan rakan taulan. Ibu aku cakap murah sikit harganya berbanding di pulau atau depa panggey "Tanjong". Nak tahu apa aku beli? Aku beli pau Bai ... saja perut dah lapar la .. al maklum remaja tengah membesar ... ahak ahak ahak
Kemudian sebelum masuk highway, kami sekeluarga singgah makan di sebuah restoran nasi kandar. Aku pun dah tak ingat apa namanya ... tapi ayah aku cakap sedaplah .. tak kiralah restoran nasi kandar apa2 Nasi Kandar Kayu ke Nasi Kandar Pelita ke .. janji ada nasi dengan ayam goreng kira okaylah tu .. selalu kalau kat Shah Alam, memang kedai mamak pun port kami sekeluarga selalu makan. Ayah aku ada jumpa kawan dia. Aku tak masuk "port" apa dia dan kawan dia sembang.
Sesudah selesai makan dan solat asar, kami sekeluarga meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam. Apa lagi, time to sleep. Finally, kami sampai di rumah at about 10.00 malam. Berakhirlah kembara caturku di Pulau Pinang buat kali ini. Until next time.