16 November 2011

Japang soccer kid! Gaya ala maradona tak?

Kalau korang tengok video budak kecik ni main bola, memang syiok abis dia menggelecek. ada gaya maradona (hand of God) tak? Boleh tu 7 orang gelecek ngan dia sorang je.. Kalau la ada anak kita dilatih seperti ini dan dapat menten kualiti camni sampai besor, mau 9-0 rembat Arsenal.. iye idak? Hehehe


19 October 2011

Semalam Di Kalumpang Resort & Training Center (KRTC)

Last weekend kitaorang stay overnight di Kalumpang Resort atau juga dikenali sebagai KRTC. Ayah book semalam sebuah chalet Layang-layang yang berbentuk kabin. Weekend getaway, katanya. Dan juga untuk meraikan aku yang baru saja selesai peperiksaan PMR.

Sebenarnya, aku dan adik2 (termasuk ayah aku jugak) sertai Kejohanan Catur Terbuka UPSI. Tahun ini adalah edisi yang ke-5. Ini adalah penyertaan aku yang ketiga di kejohanan ini. Ini juga merupakan chess tournament aku yang pertama selepas peperiksaan PMR.

First time, aku sertai pada tahun 2008 iaitu edisi kedua. Masa tu aku berumur 12 tahun dan berada dalam Tahun 6. Kira-kira baru setahunlah aku participate dalam kejohanan catur. Aku berjaya mengutip 5.5 mata dari jumlah keseluruhan 7 pusingan. Aku dah tak ingat aku dapat nombor berapa. Aku berada di kedudukan ketiga di belakang Irfan dan Amira. Kategori sekolah rendah dan menengah telah digabungkan memandangkan jumlah penyertaan yang sedikit.

Tahun berikutnya, aku bermain dalam kategori sekolah menengah pula sebab aku dah Form 1. Aku dapat 5.5 mata juga setelah menang 5, seri 1 dan kalah 1 permainan. Aku dapat tempat kelima.

Tahun lepas, aku tak massuk bertanding kerana ibu dan ayah aku pergi menunaikan fardhu haji di Mekah. Edisi pertama aku tak masuk sebab pada bulan Jun tahun itu aku baru aje mula menyertai pertandingan catur.  

So, korang tengoklah gambar2 di bawah ini. Nampak best kan? memang best pun .. sejuk giler tu airnya .. kita orang berendam pepagi buta lagi. Sebab 8.30 pagi game dah start. So, kita orang tak ada banyak masa.  Aku habis game dah pukul 10 malam pada hari pertama kejohanan. But don't worry, insya Allah, kita orang akan datang lagi ke resort ini. Ayah aku cakap dia nak arrange chess family outing dengan Encik Azhar next time. Kalau tak pun, kita orang akan have weekend getaway.

kehijauan yg mendamaikan ...


syok doh lepak atas batu ...

mmmmmm sungguh dingin airnya pak ...

01 June 2011

Kejohanan Catur MSSM 2011 (Pairing Pusingan Kedua) - Berpasukan L15

pairing pusingan kedua
Di pusingan kedua, Fikri dan pasukannya akan menentang pasukan Negeri Kelantan di meja kedua. Siapakah lawan Fikri di papan pertama? Jawapannya ialah Wan Muhamad Amirul.  

Kejohanan Catur MSSM 2011 (Hari Pertama) - Berpasukan L15


Bagi edisi 2011, Fikri bermain dalam kategori berpasukan L15 mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Catur MSSM yang sedang berlansung di Hotel Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Tiga lagi rakan pasukannya yang lain adalah Muhammad Irfan Haqqim, Low Jun Keat dan Sunil Kalivanan. Pasukan mereka adalah pilihan kedua berdasarkan keputusan tahun lepas. Fikri bermain dalam kategori L15 individu tahun lepas. 

Di pusingan pertama semalam (Selasa), Fikri dan rakan-rakannya berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan mata 4 - 0. Satu permulaan yang baik. Saingan utama pasukan L15 Selangor adalah Pulau Pinang sebagai pilihan utama dan Wilayah Persekutuan.  

11 May 2011

Kejohanan Catur MSSD Kuala Selangor (Kategori L15) - Bhg 1

Fikri atau "abang" sedang bertanding di Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor yang diadakan di dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Kejohanan berlansung selama tiga hari bermula semalam dan akan tamat esok. Edisi kali ini merupakan terakhir bagi Fikri bagi kategori lelaki bawah 15 tahun (L15) kerana tahun depan beliau akan berumur 16 tahun. Bersama dua rakan sepasukan tahun lepas, Low Jun Keat dan Suniil Kalivanan dan rakan sepasukan baru iaitu Hakeem Ibrahim, mereka akan cuba bermain sebaik mungkin untuk mengekalkan kecemerlangan tahun lepas setelah menggondol pingat emas dalam kedua-dua kategori iaitu individu dan berpasukan.

Bagaimana prestasi dan keputusan permainan mereka? 

Sebelum itu mari kita lihat senarai kesemua 40 pemain bagi kategori L15.


Senarai pemain bagi kategori L15


Keputusan pusingan kategori L15

Nampaknya keputusan seri bagi kedua-dua meja teratas di antara Fikri dan Roshan dan Irfan dan Suniil. Adakah kedua-dua pemain Kelang yang bertarung sesama sendiri di meja ketiga adik beradik seperti adik berading Wong - Vinton dan Ethan, dari PPD Petaling Utama? Nampaknya Guang Yan yang bermain buah hitam telah menang ke atas Qing Feng. Di meja keempat, Jun Keat menang ke atas Vinton sementara adiknya Ethan menang ke atas lawannya.

Pairing pusingan keenam kategori L15
 Roshan mendahului dengan 4.5 mata diikuti enam pemain lain yang berkongsi 4 mata termasuk Fikri. Roshan ditentang Irfan di meja pertama, sementara Fikri terpaksa melawan rakan sepasukannya Jun Keat. Sementara sorang lagi rakan sepasukan Fikri, Suniil bertemu dengan Ethan Wong di meja ketiga. Hakeem pula bermain buah putih bermaian di meja no 11 melawan Domic Lee (Gombak).

Apa keputusan pusingan keenam? Para pemain telah pun memasuki dewan kerana pairing telah dikeluarkan. Pusingan terakhir amat penting kerana akan menentukan kedudukan para pemenang. Best of luck kepada semua, terutamanya kepada "abang".

17 March 2011

NC2011 (Bhg 1) - Keputusan Pusingan Ke 3



Ketika disnap keputusan di atas, dua papan - ke 3 dan ke 31, masih lagi bertarung. Di meja ketiga, Swee Leong  melawan Sarjan Ismail sementara di meja ke 31, Sri Siva bertemu Subramanian dari N9.