1 hb Jun 2014 merupakan hari pendaftaranku di UiTM Segamat. Alhamdulillah, aku telah ditawarkan kursus CS110 di kampus tersebut. Kursus apa tu ek?
Tidak dapat datang ke UiTM Segamat lebih awal kerana ibuku ada peperiksaan pagi Ahad tersebut. Terpaksalah menunggu ibu selesai menduduki peperiksaan yang bermula jam 9 pagi. Dari UIA, terus aku dan keluarga bergerak ke Segamat. Sampai di UiTM Segamat pada jam 3 petang. Bergegas selesaikan pendaftaran kolej sebelum dibawa untuk urusan seterusnya sebagai siswa UiTM Segamat.
|
aku memandu sehingga ke exit Tangkak |
|
UiTM Segamat dalam lipatan sejarah hidupku |
|
sedang mendaftar sebagai penghuni Blok Taming Sari |
|
Bersama rakan2 Tingkat 3 Blok Taming Sari |