Semenjak bermain di Kejohanan Catur MSSM awal Jun lalu, aku tidak menyertai kejohanan catur tempatan walaupun ada setiap hujung minggu. Di antara sebabnya adalah kerana menghadiri majlis pertunangan sepupu dan pakcik aku. Majlis sepupu aku pada 23 hb Jun sementara seminggu berikutnya majlis pakcik aku pula di Pahang.
Hujung minggu ini, aku menyertai Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI yang diadakan di Hotel Cititel Express di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR). Gang aku adalah rakan2 sepasukan MSSMKL iaitu Mohd Faizal Roslan, Muhd Aziz Farhan dan abangnya, Daniel Iskandar. Mereka bertiga bersekolah di SBU. Aku sorang aje dari ASiS atau Sek Men Sains Alam Shah Cheras.
Kira memberansangkan jugak keputusan team aku. Seeded keenam, setakat pusingan keempat hari ini, team aku sedang berada di hadapan. Team aku berjaya memungut 15 game point dari 16 permainan. Di bawah ni, detail keputusan dan pasukan2 yang berjaya team aku tewaskan. Semoga kecemerlangan ini berterusan di hari kedua esok.
Pusingan pertama |
Pusingan kedua |
Pusingan ketiga |
Pusingan keempat |
Time nak balik ada slack lah pulak. Kereta kami yang ayah parking di sebatang lorong di hadapan hotel telah terkepung oleh gerai-gerai pasar malam. Akhirnya, kereta terpaksa ditinggalkan dan aku bersama adik2 dan ayah aku terpaksa balik menaiki LRT dan komuter. Boleh tahan menapak ke stesen LRT dan KL Sentral. Ingat nak balik cepat untuk berehat. Sabar jer la ..