20 February 2012

Bertanding Catur Di Kuala Kangsar


Pada hari Ahad 12 Februari yang lalu aku menyertai Kejohanan Catur Grand Prix Tan Sri Lee Loy Seng ke-3 di Kuala Kangsar. Aku sekeluarga bertolak dari Shah Alam pada pukul 6.30 pagi. Kami tiba di Kuala Kangsar tiga jam selepas itu. 

Setiba di lokasi pertandingan iaitu di SMK Clifford, aku terus menuju ke dewan pertandingan. Risau juga jika pertandingan telah bermula on time seperti dalam jadual pada pukul 9.30 pagi. Rupa-rupanya pertandingan lewat juga seperti kebanyakan kejohanan catur rapid di Malaysia.

Ayah daftarkan aku dalam kategori terbuka, bukan kategori Under 16 (U16). Tidak berapa ramai peserta dalam kategori terbuka. Hanya 47 orang pesaing. Tidak seperti kategori U16 yang disertai adikku, Anis, yang telah menarik minat lebih 170 orang peserta sehingga terpaksa bermain lapan pusingan.



Di pusingan pertama, sebagai seeded ke-7 aku bermain white di papan ke-7 bertemu Mohammad Juraiman. Alhamdulillah, aku menang. Aku juga menang dua pusingan yang berikutnya. 

Di pusingan ke-4, cabaran sebenarku bermula. Aku dipairkan dengan top seed kejohanan iaitu Ahmad Fadzil Nayan. Beliau adalah juara Kejohanan Catur Amatur Asian yang diberi gelaran AM atau Asian Master. Aku bermain buah putih. Aku cuba memberi cabaran sebaik mungkin tapi sayangnya tewas setelah Rook + Rook endgame.

Pusingan ke-4 - lwn Fadzil Nayan

Kemudian di pusingan ke-5, aku dipairkan dengan Gary Tan yang berjaya menewaskan Fong Yit San di pusingan ke-4. Satu keputusan upset aku kira kerana Yit San memiliki rating yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik. Dengan bermain buah hitam, aku berjaya menewaskan Gary.

Pusingan ke-5

Pusingan ke-6

Di pusingan ke-6, lawanku adalah Saiful Azlan yang bermain buah hitam. Sedikit kesilapan dalam pergerakan buahku, aku telah ditewaskan oleh beliau. Aku agak kecewa dengan kekalahan ini. Tetapi aku bangkit semula dengan kemenangan di pusingan terakhir ke atas lawanku yang bernama Salehuddin Shamsuddin.

Pusingan terakhir

Menerima hadiah dari presiden PICA

Tempat KELIMA, mendapat hadiah Seratus Ringgit 

Dengan memungut 5 mata dari 7 pusingan, aku berjaya mendapat tempat KELIMA. Alhamdulillah, aku berjaya memenangi wang tunai seratus ringgit dan 5 mata GP.


Setelah usai pertandingan, aku sekeluarga singgah di Masjid Ubudiah, salah sebuah masjid tercantik di Malaysia, untuk bersolat maghrib. Kemudian, sewaktu dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kami singgah menjamu selera di Kafe Pak Ngah Laksa.

ambik gambar sendiri (self-photographed) he he he ...

di hadapan Masjid Ubudiah yang sangat cantik

sedang menunggu hidangan di Pak Ngah Laksa

Dalam perjalanan, aku dan adik beradikku tidur setelah penat beradu minda di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Negeri Perak. Ia bakal menjadi satu kenangan terindah dalam kembara caturku terutamanya ketika bersolat di Masjid Ubudiah.