Last weekend kitaorang stay overnight di Kalumpang Resort atau juga dikenali sebagai KRTC. Ayah book semalam sebuah chalet Layang-layang yang berbentuk kabin. Weekend getaway, katanya. Dan juga untuk meraikan aku yang baru saja selesai peperiksaan PMR.
Sebenarnya, aku dan adik2 (termasuk ayah aku jugak) sertai Kejohanan Catur Terbuka UPSI. Tahun ini adalah edisi yang ke-5. Ini adalah penyertaan aku yang ketiga di kejohanan ini. Ini juga merupakan chess tournament aku yang pertama selepas peperiksaan PMR.
First time, aku sertai pada tahun 2008 iaitu edisi kedua. Masa tu aku berumur 12 tahun dan berada dalam Tahun 6. Kira-kira baru setahunlah aku participate dalam kejohanan catur. Aku berjaya mengutip 5.5 mata dari jumlah keseluruhan 7 pusingan. Aku dah tak ingat aku dapat nombor berapa. Aku berada di kedudukan ketiga di belakang Irfan dan Amira. Kategori sekolah rendah dan menengah telah digabungkan memandangkan jumlah penyertaan yang sedikit.
Tahun berikutnya, aku bermain dalam kategori sekolah menengah pula sebab aku dah Form 1. Aku dapat 5.5 mata juga setelah menang 5, seri 1 dan kalah 1 permainan. Aku dapat tempat kelima.
Tahun lepas, aku tak massuk bertanding kerana ibu dan ayah aku pergi menunaikan fardhu haji di Mekah. Edisi pertama aku tak masuk sebab pada bulan Jun tahun itu aku baru aje mula menyertai pertandingan catur.
So, korang tengoklah gambar2 di bawah ini. Nampak best kan? memang best pun .. sejuk giler tu airnya .. kita orang berendam pepagi buta lagi. Sebab 8.30 pagi game dah start. So, kita orang tak ada banyak masa. Aku habis game dah pukul 10 malam pada hari pertama kejohanan. But don't worry, insya Allah, kita orang akan datang lagi ke resort ini. Ayah aku cakap dia nak arrange chess family outing dengan Encik Azhar next time. Kalau tak pun, kita orang akan have weekend getaway.
kehijauan yg mendamaikan ... |
syok doh lepak atas batu ... |
mmmmmm sungguh dingin airnya pak ... |