17 March 2011

NC2011 (Bhg 1) - Keputusan Pusingan Ke 3



Ketika disnap keputusan di atas, dua papan - ke 3 dan ke 31, masih lagi bertarung. Di meja ketiga, Swee Leong  melawan Sarjan Ismail sementara di meja ke 31, Sri Siva bertemu Subramanian dari N9.

07 March 2011

Gambar2 Pertandingan Catur Insofar Prestige Junior


Hah, ni gambar2 yang aku janji nak tunjuk pada korang ...

Nampak ke aku yang paling hujung sekali (kanan) ?? Kecik aje orangnya opponent aku tu .. Korang belum tentu lagi boleh menang kalau lawan dia tau ... Namanya Herish Kovalan


Kughan Ravindran lwn aku (kanan)


Gambar atas sewaktu pusingan ketiga. Aku main buah putih sementara opponent aku, Hemant Satish, main buah hitam.



Aku telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya mendapat 4 mata dari 4 kemenangan. ALHAMDULILLAH, aku bersyukur kepada ILLAHI di atas kejayaan ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang dikecapi dalam kembara caturku.


Hadiah medal disampaikan oleh Setiausaha MCF, En Gregory Lau

06 March 2011

Pertandingan Catur Insofar Prestige Junior - Stage 2


Pagi tadi aku menyertai Pertandingan Catur Insofar Prestige Junior peringkat suku akhir atau Stage 2 di Pusat Catur Datuk Arthur Tan, lebih dikenali sebagai DATCC. Preliminary stage telah diadakan di tempat sama tiga minggu yang lalu. Kesemua 14 orang peserta, termasuk aku :)-, berentap sebanyak empat pusingan.

Nak tahu siapa-siapa lawan aku? Korang tengoklah pairing2 di bawah. Oh ya, ramai korang yang tak reti amende pairing tu kan? Ok, aku nak terang pada korang ...

Dalam pertandingan catur yang menggunakan Sistem Swiss, para peserta akan digandingkan atau dipairkan. Dipusingan pertama seperti dibawah, aku telah dipairkan dengan Herish Kovalan. Mesti pening korang nak memahamkan pairing di bawah ni kan? BO tu maksudnya board atau nombor meja. Ya, aku telah diletakkan di meja nombor satu atau top board sebab aku telah dirankkan sebagai top seed atau pilihan utama.

Pusingan 1

Sementara lawan aku berada pada ranking ketujuh. Ranking tu berdasarkan apa ek? Mesti soalan ni berlegar-legar dalam kepala korang kan? Nanti kemudian aku terangkan lah. Kang fening lak korang nak memahamkan.

Pusingan 2

Pusingan 3

Korang tengoklah pairing pusingan 2 dan 3 di atas kalau nak tahu sapa lawan aku. Tengok, jangan tak tengok. Tapi jangan sampai pening kepala hahahaha ... Apa? Korang tak faham? tak faham, sudah! :)-

Pusingan 4

Di pusingan terakhir aku bertemu dengan Dominic Long Sze Weng. Aku bermain buah hitam sementara lawanku bermain buah putih. Kami masing2 telah menang kesemua tiga pusingan sebelumnya. Dengan perkataan lain, kami belum pernah tewas lagi setakat pusingan ketiga. So, apa keputusannya. Alhamdulillah, syukur pada Allah, aku menang game ini. Ini bermakna aku berjaya mendapat mata penuh 4/4.

Korang nak tengok gambar2 aku tengah serius fikir strategi dan taktik semasa bermain catur? Korang tunggu ya, next entry aku.