Pada hari Ahad, 8 Ogos yang lalu Fikri meneruskan kembara caturnya dengan menyertai Kejohanan Catur Cabaran Cerdik Catur yang telah diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Sukan Negeri Selangor di Seksyen 7 Shah Alam. Bersama adik bongsunya, Fahim Al-Faqeh, beliau adalah di antara lebih kurang 100 orang peserta kejohanan. Di pertandingan tersebut, tiga orang rakan senior sekolahnya juga turut serta.
Dewan Raja Muda Musa
Tempat kejohanan
Menang di pusingan pertama, Fikri bermain buah putih di meja #8 melawan seorang peserta dari IPT, Lee Sze Hen di pusingan kedua. Dengan MCF rating 1558, Fikri berada di ranking ke 9 sebelum kejohanan bermula. Setelah menang dan memperolehi 2/2 mata, di pusingan ketiga lawan Fikri adalah Yuslan Yunus. Bermain di meja #7, Fikri bermain buah putih.
Dengan berbekalkan 3/3 mata, lawan beliau di pusingan keempat adalah pemain cilik berbakat, Puteri Munajjah Az-Zahra (Eja). Mungkin sedikit masa lagi, Eja sudah pasti boleh menewaskan Fikri dan pemain-pemain catur lelaki lain yang lebih dewasa. Setelah usai empat pusingan, Fikri berjaya mengumpul mata penuh. Bersama empat pemain lain, Fikri mengetuai kejohanan memasuki tiga pusingan terakhir.
Fikri berasa sangat gembira kerana tiga orang rakan senior sekolahnya turut serta dalam kejohanan ini. Mereka adalah pelajar-pelajar Tingkatan 4. Abang Wan, Abang Faiz dan Abang Kahar ingin menimba pengalaman untuk memantapkan permainan bagi kejohanan catur MSS peringkat daerah tahun hadapan. GiLoCatur juga berasa teruja kerana beberapa muka baru mula bergiat aktif menyertai kejohanan2 catur. Semoga mereka akan terus aktif dan turut serta di masa mendatang bagi menambah jumlah komuniti catur di negara ini.
Di pusingan kelima, lawan Fikri semakin sukar dan kuat. Irfan Haqqim, abang Eja, dan juga rakan sepasukan MSS Selangor perlu ditewaskan bagi mengutip mata seterusnya. Di meja utama, Syazwan melawan Fadzil Nayan. Manakala, di meja kedua Syakir bertemu adiknya, Puteri Rifqah. Sudah menjadi kebiasaan di dalam pertandingan catur, adik beradik atau anak beranak akan bertemu sesama sendiri. Irfan berjaya menghalang Fikri untuk mengutip mata penuh.
Di pusingan keenam, Fikri bertemu pula dengan Tariq Ziad, juga seorang pelajar sekolah, di meja #6. Dengan kemenangan ke atas Tariq (gambar atas), Fikri telah menang kedua-dua pertemuan mereka di pertandingan catur tempatan. Sebelum ini mereka pernah bertemu di Kejohanan Catur Stonemaster Laguna Park di pusingan terakhir.
Dengan berbekalkan 5/6 mata, pusingan ketujuh adalah kritikal bagi Fikri untuk mendapat kedudukan terbaik dalam kejohanan ini. Apabila melihat pairing, GiLoCatur agak lega kerana Fikri ada psychological advantage terhadap lawan beliau iaitu Mohd Firdaus. Fikri telah menang beberapa pertemuan sebelum ini. Situasi sebegini kerap berlaku di dalam kejohanan catur. Pemain-pemain catur termasuk Fikri sewajarnya melawan ketakutan (oneself fear) diri sendiri apabila bertemu lawan yang kerap menang atau dikenali sebagai nemesis opponent.
Akhirnya dengan kemenangan keatas Firdaus di pusingan ketujuh, Fikri berjaya mengutip 6/7 mata. Walaupun sama mata dengan Fadzil Nayan, tetapi dek kerana tie break yang lebih rendah, Fikri sekadar berjaya mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah, satu keputusan yang agak baik bagi kembara catur Fikri.
Sementara itu, Fahim Al-Faqeh berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori Terbaik B12 Shah Alam. Sila klik di sini untuk mengetahui senarai penuh pemenang bagi Kejohanan Catur Cabaran Cerdik Catur Shah Alam.
shah alam,
1 Ramadhan