29 December 2010

Malaysia Memenangi Piala AFF Suzuki Cup 2010!

Barisan pemain muda kebangsaan.


Pemain Malaysia meraikan kejayaan besama-sama selepas tamat perlawanan.


Akhirnya Piala Suzuki Cup 2010 jatuh juga ditangan Malaysia.Biarpun kalah 2-1 dalam perlawanan tadi,namun Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menang menerusi agregat 4-2.Dalam perlawanan tadi, Malaysia yang telah berjaya memperoleh kelebihan 3 gol di Bukit Jalil Ahad lepas lebih banyak bertahan dengan sesekali melakukan serangan balas pantas ke gawang Indonesia.Indonesia hampir memperolehi satu gol menerusi sepakan penalti Firman Utina tetapi Khairul Fahmi Che Mat berjaya meneka dengan tepat tendakan kapten Indonesia itu.
Penjaring terbanyak sepanjang kejohanan berlangsung.

Pada babak kedua,Safee Sali selaku penjaring terbanyak kejohanan itu menghasilkan satu gol pada minit ke 53 hasil lorongan cantik daripada Ashaari Shamsuddin.Kemudian,Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 72 oleh Nasuha.

Nasuha menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan tadi.

Indonesia mendahului 2-1 pada minit ke 87 hasil jaringan Ridwan yang cantik dan terkena Muslim Ahmad menyebabkan ongoal sekaligus kemenangan buat Indonesia 100% di tempat sendiri.Tamat perlawan,Malaysia menjuarai Piala Suzuki Cup 2010(AFF).Tahniah,tahniah Malaysia juara Piala Suzuki Cup 2010(AFF).Tahniah sekali lagi diucapkan!!

No comments:

Post a Comment