02 June 2012

Naib Johan Di Kejohanan Catur Terbuka Sabak Bernam


Dua minggu yang lepas iaitu pada 27hb Mei aku menyertai kejohanan catur Terbuka Sabak Bernam. Kejohanan ini berlansung di Dewan Seri Bernam yang terletak di Sungai Besar. Sebenarnya aku pernah bertanding catur di dewan ini iaitu di tahun lepas sewaktu kejohanan catur MSS peringkat Negeri Selangor. Sebenarnya aku didaftarkan dalam kategori Bawah 18 Tahun (U18). Tetapi kategori ini telah digabungkan dengan kategori Terbuka. 

Ramai juga yang sertai kejohanan ini. Lebih dari seratus orang peserta dalam kategori yang aku sertai. Kedua-dua adikku - Anis & Fahim, juga turut serta. Malah ayahku juga turut bertanding. Al-maklum, kejohanan di kampung halaman kedua orang tuaku.

Alhamdulillah, kami semua adalah sebahagian dari para pemenang termasuk ayahku yang amat jarang memenangi sebarang kejohanan catur. Adik bongsuku berjaya menjadi Johan kategorinya iaitu Bawah 12 Tahun. Dia sangat happy kerana memenangi hadiah wang berjumlah tiga ratus ringgit. Malah aku juga berjaya memenangi hadiah yang agak lumayan iaitu sebanyak lima ratus ringgit kerana berjaya menjadi naib johan kategori terbuka. Memang sudah rezeki kami.

Di kejohanan ini, aku berjaya memungut 6 mata dari 7 pusingan. Aku hanya kalah sekali kepada Kamaluddin Yusof yang ayahku panggil "abang bro". Dalam kejohanan ini juga aku berjaya menewaskan sifuku Roslan Sulaiman. Semoga kejayaan ini bisa terus menyuntik semangatku dalam meneruskan kembara caturku.





menerima hadiah Tempat Kedua kategori Terbuka

para pemenang kategori Terbuka

Top 10 Final Standing