13 February 2011

Fikri Juarai Insofar Prestige Junior Open


Hujung minggu ini adalah balik bermalam bagi Fikri. Di DATCC ada dua pertandingan catur anjuran Insofar diadakan iaitu Insofar Prestige Junior Open pada hari sabtu dan Insofar Elite Open (The Final) pada hari Ahad. Fikri telah menyertai pertandingan catur pada hari Sabtu. Anis dan Fahim tidak dapat turut serta kerana Anis tidak balik bermalam. Manakala Fahim pula ada aktiviti di sekolahnya.


13 orang peserta menyertai pertandingan tersebut termasuk dua beradik Mohd Nahu dari Seremban. Fikri mendapat seeding yang pertama dengan rating kebangsaannya 1521.


Format pertandingan adalah rapid empat pusingan. Walaupun time control adalah 25 minit bagi setiap pemain, sebahagian permainan selesai kurang dari 15 minit. Ini bermakna pemain-pemain bermain sangat cepat dan laju. Amat sayang sekali kerana pemain-pemain tersebut tidak menggunakan masa permainan dengan baik. Yang bagusnya, beberapa orang pemain merekodkan permaian mereka. Ini sangat penting bagi mempelajari kesilapan dan seterusnya memperbaiki permainan di masa akan datang.




Akhirnya Fikri berjaya memenangi ke semua empat pusingan. Ini bermakna Fikri mendapat perfect score 4/4. Semoga kejayaan sebegini akan berterusan dan bakal menjadi kenangan manis kembara catur beliau.

Kejohanan Insofar Prestige Junior Open ini dibahagikan kepada 4 siri atau stage. Sang juara bagi kejohanan ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 500 sewaktu stage terakhir. Stage2 seterusnya telah dijadualkan seperti berikut:

Stage 2 - Ahad, 6 Mac

Stage 3 - Sabtu, 9 April

Stage 4 (Final) - Mei


Berjayakah Fikri menjadi juara? Sama-samalah kita tunggu ...


Fikri menerima medal dari ayahnya, GiLoCatur
( photo: koleksi Encik Najib Wahab )


01 February 2011

Fikri Sertai Kejohanan Catur PERCAWI City Day Age Group


Pada hari ini Fikri telah menyertai satu kejohanan catur yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane. Kejohanan enam pusingan SWISS tersebut dianjurkan oleh PERCAWI atau Persatuan Catur Wilayah. Ia diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah yang diraikan pada 1 FEBRUARI setiap tahun.

Seramai 55 orang pemain catur yang berumur bawah 18 tahun turut serta dalam kejohanan yang dibahagikan kepada dua kategori - Lelaki dan Perempuan.


Bagaimana prestasi Fikri dalam kejohanan tersebut? Seeded ketiga, beliau berjaya menang 5 permainan dan seri satu. Fikri berjaya mengumpul 5.5/6 mata, sama dengan Juara kejohanan iaitu Kung Kah Heng, tetapi tie break yang membezakan.

Final Ranking

Keputusan yang agak mengejutkan adalah pemain pilihan top seed telah tewas dua kali di kejohanan ini.