07 March 2011

Gambar2 Pertandingan Catur Insofar Prestige Junior


Hah, ni gambar2 yang aku janji nak tunjuk pada korang ...

Nampak ke aku yang paling hujung sekali (kanan) ?? Kecik aje orangnya opponent aku tu .. Korang belum tentu lagi boleh menang kalau lawan dia tau ... Namanya Herish Kovalan


Kughan Ravindran lwn aku (kanan)


Gambar atas sewaktu pusingan ketiga. Aku main buah putih sementara opponent aku, Hemant Satish, main buah hitam.



Aku telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya mendapat 4 mata dari 4 kemenangan. ALHAMDULILLAH, aku bersyukur kepada ILLAHI di atas kejayaan ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang dikecapi dalam kembara caturku.


Hadiah medal disampaikan oleh Setiausaha MCF, En Gregory Lau

06 March 2011

Pertandingan Catur Insofar Prestige Junior - Stage 2


Pagi tadi aku menyertai Pertandingan Catur Insofar Prestige Junior peringkat suku akhir atau Stage 2 di Pusat Catur Datuk Arthur Tan, lebih dikenali sebagai DATCC. Preliminary stage telah diadakan di tempat sama tiga minggu yang lalu. Kesemua 14 orang peserta, termasuk aku :)-, berentap sebanyak empat pusingan.

Nak tahu siapa-siapa lawan aku? Korang tengoklah pairing2 di bawah. Oh ya, ramai korang yang tak reti amende pairing tu kan? Ok, aku nak terang pada korang ...

Dalam pertandingan catur yang menggunakan Sistem Swiss, para peserta akan digandingkan atau dipairkan. Dipusingan pertama seperti dibawah, aku telah dipairkan dengan Herish Kovalan. Mesti pening korang nak memahamkan pairing di bawah ni kan? BO tu maksudnya board atau nombor meja. Ya, aku telah diletakkan di meja nombor satu atau top board sebab aku telah dirankkan sebagai top seed atau pilihan utama.

Pusingan 1

Sementara lawan aku berada pada ranking ketujuh. Ranking tu berdasarkan apa ek? Mesti soalan ni berlegar-legar dalam kepala korang kan? Nanti kemudian aku terangkan lah. Kang fening lak korang nak memahamkan.

Pusingan 2

Pusingan 3

Korang tengoklah pairing pusingan 2 dan 3 di atas kalau nak tahu sapa lawan aku. Tengok, jangan tak tengok. Tapi jangan sampai pening kepala hahahaha ... Apa? Korang tak faham? tak faham, sudah! :)-

Pusingan 4

Di pusingan terakhir aku bertemu dengan Dominic Long Sze Weng. Aku bermain buah hitam sementara lawanku bermain buah putih. Kami masing2 telah menang kesemua tiga pusingan sebelumnya. Dengan perkataan lain, kami belum pernah tewas lagi setakat pusingan ketiga. So, apa keputusannya. Alhamdulillah, syukur pada Allah, aku menang game ini. Ini bermakna aku berjaya mendapat mata penuh 4/4.

Korang nak tengok gambar2 aku tengah serius fikir strategi dan taktik semasa bermain catur? Korang tunggu ya, next entry aku.

13 February 2011

Fikri Juarai Insofar Prestige Junior Open


Hujung minggu ini adalah balik bermalam bagi Fikri. Di DATCC ada dua pertandingan catur anjuran Insofar diadakan iaitu Insofar Prestige Junior Open pada hari sabtu dan Insofar Elite Open (The Final) pada hari Ahad. Fikri telah menyertai pertandingan catur pada hari Sabtu. Anis dan Fahim tidak dapat turut serta kerana Anis tidak balik bermalam. Manakala Fahim pula ada aktiviti di sekolahnya.


13 orang peserta menyertai pertandingan tersebut termasuk dua beradik Mohd Nahu dari Seremban. Fikri mendapat seeding yang pertama dengan rating kebangsaannya 1521.


Format pertandingan adalah rapid empat pusingan. Walaupun time control adalah 25 minit bagi setiap pemain, sebahagian permainan selesai kurang dari 15 minit. Ini bermakna pemain-pemain bermain sangat cepat dan laju. Amat sayang sekali kerana pemain-pemain tersebut tidak menggunakan masa permainan dengan baik. Yang bagusnya, beberapa orang pemain merekodkan permaian mereka. Ini sangat penting bagi mempelajari kesilapan dan seterusnya memperbaiki permainan di masa akan datang.




Akhirnya Fikri berjaya memenangi ke semua empat pusingan. Ini bermakna Fikri mendapat perfect score 4/4. Semoga kejayaan sebegini akan berterusan dan bakal menjadi kenangan manis kembara catur beliau.

Kejohanan Insofar Prestige Junior Open ini dibahagikan kepada 4 siri atau stage. Sang juara bagi kejohanan ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 500 sewaktu stage terakhir. Stage2 seterusnya telah dijadualkan seperti berikut:

Stage 2 - Ahad, 6 Mac

Stage 3 - Sabtu, 9 April

Stage 4 (Final) - Mei


Berjayakah Fikri menjadi juara? Sama-samalah kita tunggu ...


Fikri menerima medal dari ayahnya, GiLoCatur
( photo: koleksi Encik Najib Wahab )


01 February 2011

Fikri Sertai Kejohanan Catur PERCAWI City Day Age Group


Pada hari ini Fikri telah menyertai satu kejohanan catur yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane. Kejohanan enam pusingan SWISS tersebut dianjurkan oleh PERCAWI atau Persatuan Catur Wilayah. Ia diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah yang diraikan pada 1 FEBRUARI setiap tahun.

Seramai 55 orang pemain catur yang berumur bawah 18 tahun turut serta dalam kejohanan yang dibahagikan kepada dua kategori - Lelaki dan Perempuan.


Bagaimana prestasi Fikri dalam kejohanan tersebut? Seeded ketiga, beliau berjaya menang 5 permainan dan seri satu. Fikri berjaya mengumpul 5.5/6 mata, sama dengan Juara kejohanan iaitu Kung Kah Heng, tetapi tie break yang membezakan.

Final Ranking

Keputusan yang agak mengejutkan adalah pemain pilihan top seed telah tewas dua kali di kejohanan ini.

30 January 2011

Final Ranking DATCC Renegade Chess Rapid


Baru pulang ke rumah dari Pusat Catur Dato' Arthur Tan (DATCC) setelah menyertai Pertandingan Catur Rapid Renegade. Berikut adalah final rankingnya dan keputusan para pemenang.


01 January 2011

Selamat Kembali ke Sekolah!



Assalamualaikum.Beberapa hari lagi nak sekolah.Ada yang dah start sekolah dah dan ada yang belom.Yang belom tu tengah sibuk nak beli barang keperluan sekolah.Haih beli barang sekolah pon ada jugak yang last minute,betol tak?Haha.Yang dah settlekan tu syabas diucapkan.

Hah baru aku teringat aku nak wish good luck kepada korang yang akan mengambil peperiksaan UPSR,PMR,dan SPM.Belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.Dapatkan semua straight A's.Tujelah aku nak sampaikan kat korang semua.Assalamualaikum....

Selamat Datang 2011!


Assalamualaikum,apa khabar korang semua?Sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan Happy New Year kepada korang orang yang tengah usha aku punya blog ni.Tahun ni aku nak kena fokuskan pelajaran sebab aku nak PMR.Pergh sekejap betul masa berlalu macam baru semalam aku bercuti.Nak buat macam manakan?Haha xD.

Aku sebenarnya baru balik dari berjalan-jalan dengan family aku.Baru je lepas makan dekat ICE ROOM.Tempat tu berdekatan dengan Kota Damansara Giant hypermarket.Mmmmm..... memang sedap aiskrim dekat sana.Bagi pandangan aku,situlah tempat makan aiskrim yang sedap di Malaysia.Tadi aku cuba aiskrim ini.


Nut Case
(from http://gilocatur.blogspot.com/)

Aiskrim ni sedap gila.Rugi korang tak makan.Family aku pilih menu yang lain tapi maaflah tak dapat nak tunjukkan gambarnya tapi aku akan tunjukkan menu aiskrim dan makanan yang ada kat sana.

Pilihlah korang nak yang mana satu.Ikut taste korang semua ya!! xD
(from http://gilocatur.blogspot.com/)

Korang kena try gak yang ni.Rugi beb! xD
(from http://gilocatur.blogspot.com/)

Ice Room:Jalan PJU 5/22,The Strand,Kota Damansara,Selangor.
...berhampiran giant hypermarket...

(from:nasikerabubuahtanjung.blogspot.com/)

Pemilik sebenar Ice Room ini adalah Datuk Razali Mohd Daud dan isterinya Datin Faridah Kassim.Setahu aku,Datin seorang pelakon drama pada dekad yang lalu.Aku dah try dah.Memang sedap dan memuaskan.Jadi bila lagi anda?Kalau berkesempatan datang la ke Ice Room!Sampai di sini saja aku menulis.Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru sekali lagi diucapkan!